Khamis, 16 Januari 2014
Bumi Seakan Enggan Menerimanya: Gempa Berlaku Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan
Tel Aviv- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub
ULASAN GB
Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan.
Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.
Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah berjanji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengiktibaran kepada manusia yang melampau.
Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :
"Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"
Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....
wallahu 'alamPosted By Greenboc
Wednesday, 15 January 2014
Gempa Berlaku Ketika Ariel Sharon Hendak Dikebumikan... Disahkan oleh Institut Geofizik Israel
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Popular Posts
-
Selasa, 4 Jun 2019 Jom Channel 1. RAKYAT SEDIH TANGGUNG HUTANG 1MDB 2. WALA' KEPADA PEMIMPIN PAS ATAU JADI SYAITAN BISU 3. SAMPAH IN...
-
[Video "Pilih Isa atau saya," kata Zakaria pada pemegang saham] Isa Samad menggali kuburnya sendiri?Rabu, 7 Jun 2017 Isa Samad menggali kuburnya sendiri? 07 Jun 2017 | ULASAN oleh DR DZULKIFLY AHMAD Tindakan Tan Sri Isa Samad me...
-
Jumaat, 20 September 2013 Solat berseluar pendek! Harus... Tentang gambar solat pakai seluar pendek tu, selepas mendapat feedb...
-
Ahad, 9 Jun 2019 Jom Channel Baru-baru ini Salahuddin Ayub dilaporkan mahu berjumpa dengan aktivis dan badan masyarakat berkaitan pert...
-
Ahad, 19 Mei 2019 Wajidi awal-awal larikan diri. Dulu kamu tu timb. Menteri agama. Rasa-rasa terancam tak Islam bila mana Timb Menter...
-
Sabtu, 29 Mac 2014 Kebakaran Avionics milik MAS Zunar Kartunis Fan Club 4 jam yang lalu Siapa sabotaj? Apakah ini...
-
Sabtu, 30 Ogos 2014 Jackson Doisi apa yg saya sampaikan bukanlah politik namun ini adalah kebenaran yang perlu di...
-
Ahad, 23 Februari 2014 Suhaizan Kayat Yesterday Saya pernah bawa isu pengorekkan pasir di Sungai Sayong Layang-layang Joh...
-
Ahad, 10 Mac 2103 *Lakonan Potong Jari Bukan Berlaku di Sabah! *Palsu Video Kantoi : Bukan Polis Malaysia Kena Sembelih, Faktanya Ia ...
-
Rabu, 30 Disember 2015 Dilema Haji Hadi - Antara 2 pilihan..!!!! Oleh Muammar Qaddafi Kemenangan besar kumpulan kepimpina...
0 comments:
Post a Comment