Friday, 10 January 2014

Jika TREND kini berterusan: Rakyat Malaysia pulak cari kerja di Indonesia,,.Gaji Indonesi naik 10% M'sia 2%

Jumaat, 10 Januari 2014

12 jam yang lalu 

Hutang Indonesia menurun,malaysia menaik,najib tahu perintah ke tak ni? Jika trend ini berterusan,, akan dtg rakyat malaysia pulak yg mencari kerja di Indonesia,,

  • Emmet Fayzal Sekarang dah berlaku tuan....ramai peniaga cina di Malaysia mula migrate ke indonesia sejak 2004 ...ramai yg beli hartanah di jaks..kawan saya salah seorang daripadanya..dia cakap kuasa beli rakyat indonesia semakin tinggi....sekarang kalau kita ke klramai pelancong indonesia... Di klcc mereka minum di kafe kafe yg mahal....ingatkah lagi masa zaman meleset 1998 semasa korea selatan dan indonesia mengambil pakej imf...pemimpin kita cakap negara mereka akan dijajah kembali dan negara mereka akan terus miskin.....nah lihatlah apa yg berlaku sekarang? Korea selatan adalah gergasi ekonomi...indonesia juga bakal meninggalkan malaysia dalam ranking ekonomi asean...thailand juga ke hadapan....tahniah negaraku
    • Lim Meng Tiong Betul Emmet Fayzal - Kawan kenalan saya tahun lepas labur RM 10 juta di Batam Indonesia buka kilang plastik. Dia kata sakit hati bikin bisnes di Malaysia. Pekerja indon potong sawit kerja di kebun kawan melayu Malaysia saya kata dia dah nak balik Indonesia sebab dah beli 20 ekar kebun kelapa sawit.

Kadar kenaikan gaji 5 tahun Indonesia 10%, Malaysia 2%

Oleh : NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM 10 JAN: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun masih berkembang tetapi bebanan hutang Kerajaan Pusat yang semakin bertambah menyebabkan rakyat tertekan dengan peningkatan mendadak kos sara hidup.
Peningkatan kos sara hidup itu berlaku berikutan langkah kerajaan memotong pelbagai program seperti memotong subsidi petrol, barangan keperluan lain dan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April 2015 nanti.
Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, berkata lebih memburukkan keadaan, peningkatan kos sara hidup yang berlaku itu juga tidak selaras dengan kadar kenaikan gaji yang perlahan apabila dalam jangka masa lima tahun kadar kenaikan gaji di negara ini hanya sekitar dua peratus berbanding Indonesia 10 peratus dalam tempoh sama.
gaji indon
“Kita tengok Singapura kadar perkembangan ekonominya kukuh tumbuh dengan baik, gajinya naik. Kita tengok Indonesia pula kadar kenaikan gaji 10 peratus dalam tempoh lima tahun berbanding kita 2.6 peratus maksudnya kadar gaji di Indonesia lima kali ganda meningkat lebih cepat berbanding kita.
“Bila kita tengok pula hasil perkembangan ekonomi kepada rakyat negara lain gaji naik, harga barang tidak meningkat dengan banyak dan mendadak, taraf hidup bertambah, perkhidmatan seperti sekolah dan sebagainya menjadi lebih baik tetapi di Malaysia pula makin menurun.
“Bukan sahaja di Asia Tenggara sahaja tetapi juga seluruh dunia negara lain yang sumber dan kekayaannya sama lebih kurang Malaysia juga keadaannya lebih baik. Trend ini sangat merisaukan kita,” kata Rafizi dalam satu temubual eksklusif bersama Selangor Kini di Pusat Reformasi Demokrasi dan Inisiatif Sosial di Puchong baru-baru ini.
Pada 25 November tahun lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen menyatakan bahawa kadar hutang negara meningkat kepada RM529.6 bilion atau 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir September lalu menghampiri 55 peratus had siling hutang yang dibenarkan.
Sebelum itu tatkala rakyat diberitahu ekonomi negara berkembang baik, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala pula menyatakan negara bakal menghadapi muflis pada tahun 2019.
Institusi penganalisis ekonomi, Badan Bebas Pusat Penyelididkan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA) juga memberikan amaran bahawa Malaysia akan berhadapan dengan keadaan negara muflis jika jumlah hutang negara mencecah RM1 trillion dan mengikut unjuran hutang negara, negara bakal muflis pada 2019 dengan kadar hutang RM1.16 trillion.
Kelemahan dalam mengurus ekonomi dan hutang negara yang meningkat sehingga kerajaan membentangkan belanjawan defisit selama 16 tahun berturut-turut ini mencipta sebahagian besar kepada persepsi masa hadapan mengenai keadaan negara yang bakal menghadapi muflis.
EZY



Pencetus Masalah Ummah
Gambar: Dengan ini saya umumkan JOHAN PENCETUS MASALAH UMMAH :-

Hadiah Utama : Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen Lebih RM547.79 Bilion.

Piala Iringan : Subsidi Kepada Rakyat Ditarik 

Berserta Hamper : Kenaikan Kos Sara Hidup Yang Tinggi Pada Tahun 2014 Dan Seterusnya. 

Tahniah Diucapkan Kepada Pengundi BN.
Buletin Pakatan Rakyat telah berkongsi gambar Aszfia Haris.
Dengan ini saya umumkan JOHAN PENCETUS MASALAH UMMAH :-

Hadiah Utama : Hutang Negara Malaysia 2013 Sebelum Bubar Parlimen Lebih RM547.79 Bilion.

Piala Iringan : Subsidi Kepada Rakyat Ditarik 

...Lihat seterusnya..
 — bersama Shamsuri IbnuHussin dan 18 yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena