Wednesday, 15 January 2014

Maudlidur Rasul - Sultan terkaya di dunia Mencermar Duli sanggup basah kuyup ditimpa hujan...

Rabu, 15 Januari 2014
Rela berhujan bersama rakyat jelata demi untuk membesarkan Maulidur Rasul.

Ya Allah Lanjutkan Usia Baginda Sultan.

Allahu Akbar.
 — with Azri Lambert.
Sultan Brunei  Mencemar Duli basah kuyup
Hebat dan rasa teruja aku bila melihat sultan terkaya di dunia Mencermar duli sanggup basah kuyup ditimpa hujan..

Rela berhujan bersama rakyat jelata demi untuk membesarkan Maulidur Rasul.

Sebelum ini aku kagum dekat Sultan ini kerana baginda mengejutkan umum kerana dengan berani memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.“

"Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” kata baginda.

Betuah betoi rakyat Brunai dapat Soltan lagu neh..

Ya Allah Lanjutkan Usia Baginda Sultan Brunai.

Allahu Akbar....
Batu vs kayu

Gambar: BERBEZAKAH KITA UMAT ISLAM DENGAN ABU LAHAB SAMBUT MAULIDUR RASUL?

Saban tahun 12 Rabiul Awwal disambut meriah. Namun, sambutan tersebut tidak mampu memberikan impak yang maksima dalam menegakkan Islam. Ini adalah kerana sambutan itu dilakukan tanpa penghayatan sebenarnya kepada perjuangan Rasulullah SAW.

Pertikaian tentang Maulidurrasul saban tahun tidak kurang hebatnya. Malang sekali apabila masalah fundamental ummah jarang diperbincangkan seperti runtuhnya akhlak dan jati diri umat Islam tetapi sering mempertikaikan dan memperdebatkan perkara yang khilafiyah. 

Kelahiran Rasulullah SAW bukanlah kelahiran biasa yang perlu disambut dengan girang gembira sahaja tetapi kelahiran yang membawa “nur” menyinari sekian alam. Jika sambutan Maulidurrasul hanya sekadar disambut dengan gembira, Abu Lahab adalah antara orang yang paling gembira menyambut kelahiran Rasulullah SAW. Janganlah kita menjadi seperti Abu Lahab yang beria-ria menyambut kelahiran Rasulullah tetapi setelah dikemukakan kebenaran dia pula menjadi penentang nombor satu. 

Sambutan ini perlu dijadikan satu sambutan yang benar-benar memberikan sinar suluhan kepada kepada ummah dalam mereka menempuhi dunia yang penuh kegelapan maksiat dengan suluhan kenabian. Jika kita tidak meneruskan perjuangan Rasulullah SAW dan menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, apalah gunanya kita beria-ria menyambut kelahirannya? Seolah-olah tiada ertinya.

12 Rabiul Awwal adalah tarikh yang mempunyai 3 peristiwa pengubah dunia iaitu:

[1] Kelahiran Rasulullah SAW.
[2] Kelahiran Daulah Rasulullah SAW.
[3] Kelahiran Pewaris Perjuangan Rasulullah SAW.

Jika hanya menyambut kelahiran Nabi Muhammad SAW kemudian memusuhi baginda samalah seperti Abu Lahab. Sunnah Abu Lahab inilah yang perlu diubah dengan memahamkan ummah ini bahawasanya tanggal 12 Rabiul Awwal ini ada dua lagi peristiwa besar yang ditakdirkan Allah SAW berlaku iaitu bermulanya Daulah Nabi dan Wafatnya Nabi.

Baginda yang kita sambut kelahirannya itu telahpun wafat, maka hendaklah disedari bahawa kewafatan baginda bukanlah masa untuk ditangis-tangiskan semata tetapi adalah masa untuk menyedari bahawa Baginda telah meninggalkan sesuatu warisan yang besar untu diwarisi iaitu perjuangan untuk mendaulatkan agama ini. Kitalah yang akan menjadi mata rantai penerus kepada perjuangan ini.

Justeru, kefahaman kepada umat Islam perlu di terapkan dan semangat para pejuang patut dikobarkan dengan suntikan semangat hijrah mendapatkan “daulah” yang juga berlaku pada 12 Rabiul Awwal.

 >> Artikel USTAZ AZHAR YAHYA ialah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan.
Sampah kangkung berarak membawa logo Beban Negara
BERBEZAKAH KITA UMAT ISLAM DENGAN ABU LAHAB SAMBUT MAULIDUR RASUL?

 — bersama Jalal Musa dan 34 yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena