Dakwat kekal: Perbicaraan Mejar Zaidi 10-12 Jun
KUALA LUMPUR: Mejar Zaidi Ahmad akan dibicarakan 10 hingga 12 Jun Kompleks Mahkamah Tentera Pangkalan TUDM, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur bermula jam 9.00 pagi.
Bersih 2.0 dalam satu kenyataan memaklumkan Mejar Zaidi telah didakwa dengan 7 tuduhan atas tindakan beraninya membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 lalu mengenai isu dakwat kekal.
Akibat daripada itu, Mejar Zaidi kini berhadapan tindakan Mahkamah Tentera setelah didakwa melanggar etika/peraturan Angkatan Tentera Malaysia.
"Bagi pihak Bersih 2.0, kami mempertahankan Mejar Zaidi dan menekankan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, malah telah pun menunjukkan kesetiaannya terhadap negara dengan melaporkan perkara ini kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan terhadap isu dakwat kekal," ujar Bersih 2.0 .
Oleh yang demikian, Bersih 2.0 menjemput rakan-rakan sekalian untuk hadir bersama ke Mahkamah Tentera Sungai Besi pada tarikh seperti dinyatakan di atas untuk menunjukkan sokongan moral kepada Mejar Zaidi dan keluarganya.
"Kita harus berdiri bersama Mejar Zaidi yang mana pada ketika ini berhadapan dengan hukuman penjara jika disabitkan sebagai bersalah," tegas kenyataan itu.
Peringatan penting:

1. Apabila anda tiba di pintu masuk utama, anda harus mendaftarkan diri untuk mendapatkan pas masuk. Sila beritahu anda dari organisasi mana.
2. Setelah mendapat pas masuk, anda kemudian harus memandu/menunggang kenderaan ke dalam kompleks mahkamah. Jika menaiki teksi, sila turun di dalam kompleks, Perjalanan dari pagar ke Kompleks Mahkamah adalah sejauh 2 km.
3. Anda tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop atau apa-apa alat rakaman ke dalam kamar mahkamah. Pihak keselamatan mahkamah akan meminta anda meninggalkannya di dalam peti simpanan di luar mahkamah. (dinasihatkan untuk menyimpan alat-alat ini di dalam kereta)
4. Alat tulis dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam kamar mahkamah.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Mandeep/Adam di talian 03-77723275/019-4380428 - HARAKAHDAILY 5/6/2014

MASIHKAH BOLEH SPR DIPERCAYAI?
Selama 12 kali Pilihanraya Umum di negara ini, badan yang paling berkuasa adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). SPR dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihanraya umum serta pilihanraya kecil jika terdapat kekosongan.
Dakwat kekal tidak kekal. Gambar ihsan: malaysiakini.com |
Pilihanraya pertama di negara ini diadakan pada 27 Julai 1955, sejak itu Pilihanraya Umum telah memasuki edisi ke-13 pada tahun ini. Ketika himpunan Bersih pertama kali pada tahun 2007 antara lain menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan dan kebarangkalian mengundi dua kali.
Sungguhpun SPR berjanji untuk penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, namun di saat akhir ianya tidak digunakan atas alasan tidak bersedia. Pada PRU 13, dakwat kekal akan pertama kali digunakan. Namun apa yang menjadi kemusykilan adalah warna dakwat serta dakwat kekal yang sebenarnya tidak kekal.
Walaupun dinafikan sekerasnya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff, namun SPR yang didakwa sebagai komponen ke-14 BN, pelbagai media alternatif sejak semalam telah melaporkan pelbagai dakwaan yang menggambarkan bahawa dakwat kekal yang didakwa sebenarnya tidak kekal.
Dakwaan mengenai dakwat kekal ini adalah serius jika SPR dan kerajaan benar-benar mahu mengendalikan Pilihanraya Umum ke-13 ini dalam keadaan yang telus, dan benar-benar bersih. Sudahlah daftar pemilih pun diragui daripada segi senarai pemilihnya, kini satu lagi dakwaan mengenai dakwat kekal akan terus memberikan keraguan kepada rakyat negara ini.
Pihak pemantau Pilihanraya seharusnya mendesak pihak-pihak terbabit membuat laporan polis dan memaksa SPR membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan benar-benar kekal dalam tempoh yang dinyatakan mereka. SPR mendakwa dakwat kekal mengandungi logam ‘sliver nitrate’ yang meresap ke dalam kulit dan akan kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
SPR perlu berusaha meyakinkan pengundi dan orang ramai bahawa dakwat yang digunakan dalam PRU pada kali ini perlulah benar-benar seperti yang mereka dakwa, jika tidak integriti SPR sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab mengenai urusan pilihanraya di negara ini akan dipersoalkan.
Imej SPR di mata para pengundi sebenarnya telah banyak dipersoalkan, dengan dakwaan mereka merupakan ‘komponen’ ke-14 BN. Jika benar SPR gagal bertindak bebas, telus dan adil, seharusnya yang perlu dihukum adalah BN, maka para pengundi sepatutnya berani untuk mengubah persepsi mereka terhadap kepimpinan pemerintah di Malaysia sejak setengah abad yang lalu. Ini kalilah!
kaki sakat
0 comments:
Post a Comment