Anwar Hilang Kerusi Parlimen Permatang Pauh
Hukuman penjara lima tahun atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikekalkan Mahkamah Persekutuan hari ini, menamatkan kerjayaya sebagai ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh.
Mahkamah mengenepikan permohonan pihak pembela yang meminta hukuman lebih ringan dari yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan sebelum ini dan pada masa sama menolak permohonan pihak pendakwa yang mahu hukuman ditingkatkan.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, Anwar menyerang panel lima hakim yang mensabitkan beliau bersalah hari ini, menuduh mereka "tunduk kepada tuan politik dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman."
Anwar memberitahu panel diketua Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria yang kenyataan lengkap dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas penghakiman disampaikan.
"Dalam menunduk kepada tuan politik, mereka memalukan diri sendiri dan menjadi rakan jenayah dalam pembunuhan sistem kehakiman," katanya sebelum Arifin meminta ketua peguam bela Datuk Gopal Sri Ram menyuruh Anwar berhenti.
Ikuti perkembangan terkini di sini:
* Anwar terus bercakap sambil hakim berjalan keluar walaupun Ketua Hakim Tun Arifin Zakaria memintanya berhenti mengecam kehakiman.
* Hakim meninggalkan kamar mahkamah ketika Anwar mengkritik kehakiman dari kandang. "Ini satu pemalsuan yang jelas dan konspirasi politik bagi menghentikan karier politik saya. Penghakiman bertulis yang lengkap diletakkan di laman web pejabat Perdana Menteri beberapa minit selepas Yang Arif menyampaikan penghakiman, malah sebelum hukuman dijatuhkan."
Mahkamah Belum Jatuh Hukum, Laju Pulak Putrajaya Keluarkan Kenyataan Tentang Hukuman Ke Atas Anwar
LANGSUNG
1.35pm Pasukan antirusuhan FRU bersedia di kawasan perkarangan Istana Kehakiman. Ia melibatkan dua kenderaan meriam air dan dua buah trak pasukan itu.
1.22pm: Ketua pasukan pendakwaan Tan Sri Shafee Abdullah berkata hukuman maksimum selama 20 tahun tetapi hukuman rotan tidak relevan.
1.18pm: Kira-kira 1,000 penyokong Anwar berkumpul di pintu belakang kompleks mahkamah, sambil melaungkan slogan popular pembangkang “Reformasi” dan “Hidup Anwar”.
1.17pm: Gopal berkata tiada sebab yang baik untuk menambah hukuman berdasarkan fakta kes.
1.12pm: Peguam utama Anwar, Sri Ram menyentuh soal hukuman.
Katanya, mahkamah patut mengambil kira sumbangan Anwar kepada demokrasi Malaysia, termasuk ketika dia bersama kerajaan sebelum ini, sebelum membuat keputusan.
0 comments:
Post a Comment