Perhimpun Perpaduan Melayu satu retorik
Malam ini akan berlangsung Perhimpunan Perpaduan Melayu yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Perhimpunan ini dianjurkan oleh Majlis Perundingan Melayu (MPM) hasil gabungan 248 buah Ngo Melayu.
Sempena himpunan itu juga akan dibaca waad atau ikrar. Ia kemudian akan ditandatangi oleh 57 pemimpin Melayu. Perhimpunan malam ini selain pembacaan ikrar sebagai acara kemuncak ia disusuli dengan solat Maghrib, pembacaan puisi dan pidato oleh perdana menteri.
Kehadiran dianggarkan 30,000 orang. Ikrar atau waad yang akan dibaca malam ini sebagai mengganti waad Melayu 1946. Apakah waad 1946 dulu?
Menyelami tujuan dan maksud perhimpunan itu adalah untuk membangkitkan semangat orang Melayu. Meletakkan orang Melayu diatas paksi seperti mula orang Melayu mengenai jalur perjuangan.
Tetapi sedikit dimusykilkan apabila melihat kepda angka yang dianggarkan hadir itu ia tidak menunjukkan perhimpunan perpaduan Melayu sebenarnya. Jumlah itu tidak mewakili populasi Melayu di negara ini. Orang Melayu yang mewakili 60% (18 juta) penduduk daripada 30 juta penduduk negara ini, seharus kehadirannya yang perlu diusahakan melebihi 1 juta.
Kehadiran hanya 30,000 bermakna kira-kira 0.17 % daripada 18 juta Melayu. Kehadiran itu jauh lebih ramai daripada penonton bola sepak piala Malaysia pertemuan Kelantan dengan Pahang sebanyak 85,000.
Justeru, perhimpunan malam ini meragui akan tujuan dan matlamatnya. Apakah ia benar untuk mengemblengkan suara Melayu, atau pun menjadi platform kepada pemimpin Umno khasnya Najib Razak hadir mempertahankan dirinya. Umum maklum Najib kini dalam keadaan tidak menentu, beliau diusahakan turun atas matlamat hendak menyalamatkan parti Umno. Umno dalam bacaan para pengkajinya pula dalam situasi yang bagaikan telor di hujung tanduk atau tikus kelemasan dalam gelok.
Apakah usaha MPM yang mendapat restu dan juga bantuan kewangan daripada kerajaan itu menjadi alat atau "kontraktor" untuk memperkuatkan Umno dengan acara malam ini?
Kenapa dikatakan begitu, kerana kalau perhimpunan malam ini yang bertemakan; hebat, bermaruah berkat, mencerminkan perhimpunan Melayu yang sebenarnya, tentulah yang hadir bukan sahaja pemimpin daripada parti kerajaan, tetapi parti-parti Melayu dan pertubuhan profesional Melayu lain juga. Pemimpin Pas dan PKR juga tentu akan dipanggil untuk berdiri dan melapazkan ikrar bersama di atas satu pentas sebab mereka juga adalah Melayu.
Sehingga kini tidak ternampak atau terdengar bahawa akan ada pemimpin kedua-dua parti Melayu itu akan ikut serta dalam perhimpunan malam ini melainkan pemimpin Umno. Yang sudah pasti akan hadir dan mengepalai membaca waad atau ikrar ialah Najib Razak dan Zahid Hamidi. Muhyiddin Yassin dilaporkan tidak hadir kerana menghadiri majlis sambutan tahun baru Cina di Perak. Kesimpangan ini secara tidak langsung bahawa majlis perhimpunan malam ini tidak mustahak kerana kalau mustahak masakan Muhyiddin boleh tuang.
Yang sedikit membimbangkan, hendaknya jangan perhimpunan malam ini kemudian dijadikan lesen oleh orang Cina atau India untuk mereka menganjurkan pula himpunan sedemikian atas nama kaum mereka. Sekiranya perhimpunan malam ini untuk menunjukkan kekuatan Melayu, ia akan menjadi ilham pula kepada kaum lain menunjukkan kekuatan mereka. Jika ini terjadi maka kesucian perhimpunan itu akan tercemar.
Saya yakin kalau orang Cina juga mengadakan himpunan perpaduan mereka, jumlah yang hadir melebihi daripada yang disasaran penganjur malam ini sebanyak 30,000. Mungkin yang hadir pada perhimpunan Cina melebihi 500,000 dan mereka juga menzahirkan waad mereka.
Pun begitu kalau masyarakat India mengadakan program sama jumlahnya akan melebihi daripada jumlah yang dianggarkan hadir pada himpunan malam ini. Apakah kalau kedua kaum itu turut mengadakan "konsert himpunan" mereka, ia akan dilarang? Oh tidak, dasar liberalisme dalam BN menghalal dan melindungi kebebasan mereka.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dan etnik, adalah elok kalau perhimpunan berwajah Malaysia diadakan berbanding dengan perhimpunan Melayu seperti malam ini. Kerana perhimpunan mengambil tema dan semangat Malaysia lebih sesuai dan tepat dan suasana dan keadaan sekarang ini. Apa yang diuruskan oleh MPM itu sebenarnya untuk mencemerlangkan Melayu tetapi maksud halusnya ia boleh menyulitkan perpaduan nasional negara ini.
Perhimpunan malam ini tidak akan ke mana juga. Waad atau ikrar akan tinggal sebagai ikrar saja. Sebelum ini sudah berbagai ikrar, janji dan sumpah dilapaz oleh orang Melayu mengikut "taukeh" (kepala Ngo) masing-masing, tetapi Melayu masih juga tidak berubah. Apa yang didapati malam ini ahli-ahli Ngo yang jauh di kampung akan dapat melihat neon di Kuala Lumpur kerana mereka datang bukan sahaja setakat dipadah tetapi diupah. Natijah perhimpunan malam ini ia memperlihatkan Melayu semakin bercelaru dengan jumlah kehadiran hanya 30,000.
Perhimpunan malam ini tidak akan menyamai dengan perhimpunan dan perpaduan Melayu 69 tahun lalu. Ketika itu orang Melayu berhimpunan benar-benar atas satu genta suara dan nikmat rasa sama serta keinginan yang serupa; mahukan kemerdekaan. Mereka datang bukan dipadah dan diupah, tetapi datang dengan sebuah pengorbanan besar untuk bangsa dan negara mereka.
Perhimpunan malam ini tidak lebih daripada perhimpunan untuk memberi sokongan kepada pemimpin oleh pihak-pihak tertentu atas tujuan dan matlamat peribadi mereka. Direktori yang mereka inginkan ialah nama mereka ada dalam rekod Umno yang kononnya mereka adalah pembela parti berfahaman nasionalisme itu.
Berdasarkan itu perhimpunan malam ini tidak lebih dan tidak kurang sebagai sebuah konsert sahaja yang nilainya tidak lebih dan tidak kurang seperti malam "Cinta Rasul" yang menampilkan kumpulan nasyid Ya Nana daripada Indonesia yang selepas menghadiri majlis itu hadiratnya pulang sambil bernyanyi Ya Nana Ya Nana sambirin mengetuk-ngetuk stering kereta. Perhimpunan perpaduan Melayu malam ini satu lagi retorik Melayu ciptaan MPM. [wm.kl.9:29 am 28/02/15]

0 comments:
Post a Comment