Monday 16 February 2015

[Video] Isu Pakatan Unity Government ni sebenarnya ada, tetapi pada tahun 2008 dahulu...

Selasa, 17 Februari 2015

Ini bukti : Pakatan Unity Government ada tetapi korang cuba nafikan?




Meh korang semua aku nak cerita. Bukan cerita penglipur lara macam Sang Kancil menipu buaya atau Sang Kancil menipu Harimau ....

Yang aku nak ceritakan dalam entri aku kali ini adalah hal mengenai bagaimana pemimpin menipu ahli jemaahnya sendiri.Kalau korang tak mahu percaya pun tak apalah, aku tak paksa pun suruh percaya. Aku tulis pun sekadar siar semula kerana terasa terpanggil bila Nasa telah membuat kenyataan : 




3:30~ Isu bekerjasama dengan Umno ni sebenarnya, pada tahun 2008 dahulu adalah sesuatu yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS Pusat, bukan keputusan yang dibuat oleh individu, samada oleh Tok Guru Presiden. Ini diputuskan oleh Majlis Syura.

Tetapi oleh sebab-sebab tertentu, tidak menjadi. Allahu a'lam, saya tidak tahu; saya tidak duduk dalam Majlis Syura, saya juga tidak duduk dalam kepimpinan parti, jadi saya merasakan mungkin dengan perkembangan-perkembangan baru yg sudah tentulah, apa sahaja keputusan yang sebesar ini, sudah tentulah Muktamar yang akan menentukan. 4:11~

Jadi muktamar PAS ini akan berlangsung tidak lama lagi. Alalhu a'lam, mungkin dalam muktamar yang akan datang ini , akan bangkit isu ini semula atau disebabkan akan disebabkan oleh perwakilan dalam muktamar ini untuk menilai semula dari segi maslahah politik dan peranan PAS yang mungkin lebih luas dan lebih besar yg boleh dimainkan dalam konteks kesinambungan politik Melayu Islam dan juga untuk negara, Allahu a'lam.Sila klik di sini Harap korang ulang baca transkrip yang boldkan itu. 



Bahawa jelas kerja-kerja khianat ini adalah kerja khianat mereka yang berada dalam MSU. Almarhum TGNA tidak menyedari komplot mereka ini.

Lantaran itu almarhum begitu marah apabila mengetahuinya lalu puak-puak ini bergegas berkunjung ke Kota Bharu untuk memujuk almarhum. Misi MSU memujuk almarhum TGNA di Kota Baru.

Di ketika inilah adegan peluk cium dahi dan tangan dilakonkan.... Ada kalangan ahli Majlis Syura telah dibeli oleh Umno melalui pemberian kontrek jutaan RM.

Cuba tanya Dato' Haron Din, apa kepentingan dia dengan Amona Group dan siapa pemiliknya? Dan tolong tanyakan lagi : Siapakah Ahli Majlis Syura yang telah mendapat kontrek lumayan menanam pokok Jati di sepanjang Highway persekutuan?

Tetapi apasal Nasharudin yang dikambing hitamkan? Ini buat Nasharudin sendiri turut tertanya-tanya.....

Bahawa gagasan tersebut masih berjalan walaupun Hj Hadi pada Muktamar ke-55 lalu telah menarik semula cadangan Unity Governmentnya itu.

Ok itu muqaddimah aku kali ni; seterusnya korang tolong amati penjelasan 'Kambing Hitam' MSu ini, melalui satu wawancara dengan Media TV3 .

Ust Nasha mendedahkan bahawa Majlis Syura ulama lah yang bertanggung jawab mengarahkan beliau dan dua lagi pemimpin PAS supaya mengadakan perbincangan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO ini dijalankan. Ikuti transkrip rakaman audio tersebut.

Wawancara Ust Nasha dengan Media TV3 [Saya nak tanya YB Ustaz, saya bercakap dgn kawan-kawan lain dalam PAS, kalau tak silap saya, beberapa pemimpin kanan PAS, diberi tugas khas untuk mencari titik-titik pertemuan antara PAS dgn Umno, kalau saya, sebagai orang Melayu Islam, saya melihat PAS dgn Umno ni, orang kata macam sepupu ajerr!

Jadi betul kerr ada pada masa itu, arahan meminta pemimpin tertinggi PAS cuba mencari titik-titik pertemuan dalam ..err dengan Umno; dan apakah Ustaz masa itu dipertanggungjawabkan?] 0.44 ~ Err…

Memang ada kata Datuk, keputusan mesyuarat Majlis Syura Ulama’ errr Pusat yang bersidang pada 24 April 2008, yang telah memutuskan err… saya ingat lagi minitnya itu, yang telah memutuskan supaya PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, yang ketika itu adalah saya dan SETIAUSAHA AGONG, untuk err….

Mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti politik err… bagi membincangkan maslahah dan masa depan err… Islam dan , dan, dandan Orang Melayu! [Jadi bukan hanya dengan Umno lah?]

1:17 ~ Errr… Ya lah, topik atau minitnya menulis , dengan mana-mana parti politik untuk membincangkan maslahah orang Melayu dan Islam. Sudah tentulah kalau nak bincang tentang maslahah orang Melayu Islam ni,, takkan kita nak bincang dengan MCA. Takkan kita nak bincang dengan, dengan MIC! Sudah tentulah dengan Umno!

1:36~ Jadi, err… akur kepada arahan itu dan keputusan Majlis Syura Ulama itulah yang saya errr… menggerakan err… keputusan dan mengadakan perbincangan dengan pimpinan-pimpinan err… Umno ketika itu, err… dengan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Perdana Menterinya, dengan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menterinya…dan sebagainya…

[Jadi ia berlaku diperingkat yang paling tinggi, maknanya, harapan pada ketika itu, kalau boleh di peringkat atasan itu mencari titik-titik pertemuan, dengan harapan ia boleh turun dan boleh menjadi satu perkara yang boleh dilaksanakan.]

2:12 ~ Ya, yang dibincangkan di..diperingkat Majlis Syura Ulama pada ketika itu, melihat err… senario yang…yang jauh lebih jauh lebih luas daripada hanya bacaan politik jangka pendek. Tapi melihat kepada maslahah dan masa depan kepentingan Islam, kepentingan orang Melayu yang secara perlembagaannya adalah merupakan err…

Muslim, jadi melihat kepada kepentingan ini dengan perkembangan politik yang ketika itu memerlukan supaya suatu tindakan yang lebih errr….. agresif, kalau boleh saya gunakan perkataan itu, dan lebih komprehensif, demi menjamin masa depan errr… err.. tadi saya sebut tadi , masa depan Islam dan masa depan orang Melayu ~ tanpa menafikan err..kita realistik, bahawa kita hidup dalam masyarakat majmuk, kita tidak menafikan itu, tetapi sudah tentulah prioritinya adalah Islam dan orang Melayu. [Jadi dalam perbincangan itu, YB Ustaz nampak tak, tanda-tanda ataupun yang jelas menghala kepada perpaduan pada masa itu… nampak tak?]

3:16 ~ Tugas saya adalah untuk…untuk berbincang dan sudah tentulah keputusan itu bukan ditangan saya atau pun ditangan err … 3 orang yang telah diamanahkan untuk membuat sebarang keputusan. 3:25 ~

Tapi dalam siri-siri perbincangan itu, sudah adalah tanda-tanda kearah itu, tapi macam yang saya sebut tadilah, bila sampai ke satu perempat perjalanan…errr… timbul isu yang mengatakan bahawa agenda ini adalah agenda peribadi, yang tidak diketahui oleh umum, err… yang mengakibatkan err… berlaku u-turn errr… hasil daripada err… keputusan yang telah, telah telah dibuat itu! [Keputusan itu dibuat oleh Dewan Syura?]

3:56 ~ Majlis Syura! [Majlis Syura yang menyuruh pemimpin kanan PAS, bertemu pemimpin kanan Umno!]

4: 01 ~ Yes! [Jadi….di mana timbulnya pada masa itu, kata-kata ada agenda perbadi ataupun, lari daripada tujuan asal?] 4: 12 ~ Soalan Datuk ni err… adalah soalan yang saya sendiri tidak fahami sehingga ke hari ini.

Saya…saya di … di buat tuduhan sedemikian, hinggalah ke hari ini, kerasa saya hanya melaksanakan tugas sebagai ahli Majlis Syura, ketika itu dan sebagai Timbalan Presiden , akur kepada keputusan Majlis Syura Ulama, untk melaksanakan ianya.

4:31 ~ Tapi …ialah, kata arab, Qadarallahu ma sya’ – takdir Allah Subhanahu wa ta’ala itu mesti dikehendaki sebagaimana yang … yang telah berlaku, berlakulah rentetannya yang bermula pada hari itu, sampai ke hari ini, bagi menjawab soalan , soalan Datuk yang awal tadi itu…

[Jadi, kalau orang biasa tanya YB Ustaz sekarang, apakah perkara pada masa itu, usaha untuk menyatu padukan atau mencari titik.. titik pertemuan itu, hari ini sudah berkubur tanpa nisan? Apakah ia tidak akan bangkit lagi di suatu masa nanti?]

5:01 ~ Errr… saya err… [Sebagai orang yang ….] ~ Ya… […. dilihat, ataupun disebut orang yang tidak mengikut ajaran parti lah… Macamana Ustaz melihat perkara itu?]

5:11 ~ Err… Kalau sebagai ahli biasa parti, saya sendiri tidak boleh bercakap bagi pihak PAS, tapi, sebagai seorang Muslim, Datuk, sebagai seorang errr…orang Melayu, errr…rata-rata yang saya berjalan, rata-rata orang yang menegur saya, rata-rata orang yang berhubung dengan saya, meminta supaya agenda ini jangan dikuburkan! Demi masa depan agama, demi masa depan bangsa!

5:37 ~ Tiada salahnya , saya berbangga dengan bangsa Melayu saya. Saya lahir sebagai seorang Melayu, apa salahnya saya berbangga dengan bangsa saya?

5: 46 ~ Rasulillah Salallahu ‘alaihi wasallam juga berbangga dengan bangsa Quraisynya… sampai disebut dalam suatu hadis, pemimpin itu adalah daripada orang Quraisy ~ berbangga Rasulillah Salallahu ‘alaihi wasallam dengan bangsa Quraisynya itu! 5:57 ~

Jadi saya sebagai seorang orang Melayu, apatah lagi sebagai seorang Muslim, err… kalau mungkin tidak dapat saya laksanakan agenda tadi, errrr…. atas kapasiti yang sebelum daripada ini, tapi insya’ Allah, akan cuba kita gerakan, apa juga cara, bagi mempastikan …dan apa seperti yang Allah sebut , “Inna hadi ummatikum, ummatun wahidah" itu, Ini sesungguhnya adalah ummat kamu, ummat kamu yang satu, harus dijadikan satu agenda nasional, dan harus didukung oleh setiap mereka yang mengucap kalimah Laa ilaha illallah, Muhammadarrasu lullah…

[Mungkin Ustaz, saya bercakap dengan orang-oarang akademik dan orang biasa, tak kira samada di pejabat atau kami minum teh, mereka mengatakan, mungkin kejayaan pada masa itu sudah menunjukan tanda-tanda kejayaan, mungkin ada puak atau ada pihak yang tak mahu melihat benda itu berlaku…]

 6:51 ~ Mungkin! Errrr… saya tidak menolak kemungkinan tersebut yang mungkin… errr mereka juga ada agenda-agenda yang tersendiri… Tetapi saya rasa errr…payah juga untuk kita nak.. nak menerima err… penolakan daripada orang yang mengaku dirinya Muslim apatah lagi kalau ..kalau dia mengaku dirinya sebagai Melayu, untuk menolak kepada agenda perpaduan ummah in?

7:14 ~ Tidakkah errr… perpaduan itu, kesatuan itu dan err…wehdah itu merupakan kekuatan err.. untuk kita , kekuatan yang boleh kita jadikan teras untuk kita maju ke depan , majukan negara, majukan agama majukan bangsa ……

Tetapi kalau kita bercerai berai….saya sebut baru-baru ini di dalam satu temubual di sebuah rancangan teevee lain, errr… saya nyatakan, kita lihat perkembangan di Syria sekarang, atau di negeri Arab-Arab sekali…yang paling errr… dekat untuk lihat perkembangannya adalah di Syria.

7:48~ Sekarang ini sudah ada suara penyatuan selepas negaranya porak peranda, sudah dirobek sedemikian rupa , baru mengajak kepada perpaduan. 8:01 ~

Saya lontarkan soalan, adakah dalam konteks Malaysia juga kita nak tunggu sampai sudah berkecai, sudah porak peranda, baru nak diajak kepada perpaduan?

Sedangkan kita sebagai sebuah model sebuah negara Islam, kita sebagai sebuah negara yang cukup moderate, sebuah negara menjadi model kepada dunia di luar sana, khasnya dunia Islam, saya rasa tak perlu tunggu sampai..sampai dah .. dah pecah err sampai dah bertaburan baru nak mengajak kepada perpaduan.Kita ada kekuatan yang boleh mengajak kePER …

PERADUAN pada hari ini. Kerajaan Perpaduan antara PAS dan UMNO Selama ini, geng UG menafikan adanya agenda ini. Mereka kata kitaorang tak faham idea UG yang Haji Hadi lontarkan.

Haji Hadi sendiri bilang korang ahli-ahli PAS dan kebanyakan pemimpin-pemimpin PAS sendiri pun tak faham sebab malas baca buku dan tak faham istilah-istilah politik….konon!

Jelas apa yang Nasharudin cakapkan itu tiada kaitannya dengan versi Unity Government yang Haji Hadi cakap bahawa orang PAS dan pemimpin PAS yang lain tidak tahu dan hanya buat tuduhan melulu dan bersangka buruk dan jahat! Nah!

Sekarang siapa yang buruk dan jahat? Nasharudin tidak menyentuh langsung pasal kerajaan perpaduan dengan Pakatan Rakyat , tetapi dia hanya sebut penubuhan kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO, Melayu Islam, Melayu Islam…

 http://alhusseyn51.blogspot.com/

Dicatat oleh 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena