Friday, 20 February 2015

SURIA KLCC dimiliki Petronas lebih rela susukan kera? Mereka tidak dipandang pun jual 'Jenama Tempatan'...

Sabtu, 21 Februari 2015

SURIA KLCC LEBIH RELA SUSUKAN KERA DIHUTAN


Pengurusan pusat beli-belah Suria KLCC yang dimiliki Petronas diingatkan supaya mempunyai semangat nasional yang tinggi dalam memberi peluang kepada jenama-jenama tempatan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, tindakan pengurusan Suria KLCC memaksa sebuah jenama terkemuka tempatan berpindah dari premis sedia ada ke premis lain yang tidak strategik me­nunjukkan sikap pengurusan itu yang tidak bersungguh mempromosikan jenama Malaysia.

“Ini bukan kali pertama jenama dari Malaysia dipaksa pindah atau diusir keluar dari Suria KLCC. Sebelum ini kedai-kedai tempatan dipaksa tutup atau pindah oleh pengurusan Suria KLCC walaupun mereka berjaya membayar sewa yang dikenakan.

“Kali ini, jenama yang diminta keluar adalah antara butik tempatan yang terkenal dengan outlets bukan hanya di Malaysia tetapi juga di luar negara. Saya difahamkan, jenama ini diminta pindah ke premis yang tidak strategik berbanding dengan lokasi sedia ada untuk memberi laluan kepada butik jenama asing,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook miliknya hari ini.



Semalam, BritishIndia (Asia) Sdn. Bhd. (BritishIndia) memfailkan saman terhadap pengurusan pusat beli-belah ikonik terkemuka, Suria KLCC yang cuba mengeluarkan butik itu dari premisnya.

Pengasas BritishIndia, Pat Liew berkata, syarikat yang menyewa di Suria KLCC sejak 1998 diberi empat hari untuk meneri­ma tawaran tanpa syarat sama ada untuk berpindah ke lokasi lain atau diletakkan ke tempat lain.

Menurut Khairy, pengurusan pusat beli-belah itu sewa­jarnya berkongsi semangat nasio­nal yang dimiliki oleh Petronas dan mengimbangi butik-butik di dalamnya antara jenama tempatan dengan jenama antarabangsa.  

“Sebelum dilantik sebagai Menteri, saya pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Saya telah terima banyak aduan daripada usahawan tempatan yang tidak dilayan oleh pengurusan Suria KLCC.

“Usahawan ini tidak minta sewaan diberi secara percuma. Mereka sanggup bayar sewa Suria KLCC yang tinggi. Namun, kerana mereka tidak menjual jenama antarabangsa, mereka tidak dipandang oleh Suria KLCC,” katanya.

Lantak Hangpa @Networkedblogs

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena