Saturday, 21 February 2015

Polis tahan aktivis Lawrence kritik keputusan kes Liwat II dan pembunuhan Altantuya...

Sabtu, 21 Februari 2015

Berita Menggemparkan Dari Balai Polis Dang Wangi...


Polis petang ini menahan aktivis Lawrence Jayaraj, seorang penyokong tegar Bersih, atas tuduhan menghasut berikutan posting yang dibuat beliau di laman Facebook miliknya.


Lawrence ditahan polis di rumahnya di Cheras sekitar jam 6.45 petang Jumaat, lapor The Star Online.Kira-kira satu jam sebelum itu, polis baru sahaja membebaskan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan yang ditahan semalam atas alasan yang sama.

Portal berita itu memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bandaraya SAC Zainuddin Ahmad sebagai mengesahkan penahanan aktivis itu yang akan direman esok.

Terdahulu hari ini, pemimpin muda PSM KS Bawani berkata, Arutchelvan dibebaskan jam 5.40 petang selepas Mahkamah Majistret menolak permohonan polis menahan reman beliau bagi tujuan penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948.

Arutchelvan ditahan di rumahnya di Kajang petang semalam dan dibawa ke Dang Wangi untuk siasatan atas kenyataan yang didakwa dibuatnya mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim 10 Februari lalu.

Polis merampas komputer peribadinya dan beberapa peralatan elektronik lain yang disyaki digunakan ketika membuat posting yang didakwa "menghasut" di laman Facebook itu.

Berdasarkan catatan di laman Facebook Lawrence, selain mengkritik sistem kehakiman dan membangkitkan kes mahkamah yang kontroversi seperti Liwat II Anwar dan pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu, beliau juga didapati kerap mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau juga petang tadi berkongsi beberapa gambar yang diambil dari Facebook PSM sewaktu Arutchelvan dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Kali terakahir beliau mengemaskini status ialah pada 6.34 petang apabila beliau menulis: "Police officer looking for me looks like I will be the next." (Pegawai polis mencari saya, nampaknya saya orang seterusnya).

Ia menerima banyak komen daripada pengguna Facebook lain, kebanyakannya memberi kata-kata semangat dan sokongan.
Posted by 

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena