Tun M buat Genji Buskers lupa lirik
Tun M meletakkan duit RM50 ke dalam bekas gitar kerana terhibur dengan persembahan Genji Buskers di stesen LRT, KLCC. - Foto: Facebook Genji Buskers
Duit RM50 yang diberi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menikmati persembahan ‘busker’ di stesen LRT di KLCC tidak akan digunakan, sebaliknya akan dibingkaikan sebagai kenang-kenangan.
Menurut penyanyi kumpulan Genji Buskers yang dikenali sebagai Mustam Mustapa, dia tergamam ketika menyedari bahawa Dr Mahathir dan isteri Tun Hasmah Mohamad Ali adalah antara pengunjung yang berhenti untuk mendengar persembahan mereka.
“Rupanya sudah tiga, empat minit saya diperhatikan tadi. Bila terpandang Tun, lirik terus bersepah hahaha,” tulisnya dalam Facebook Genji Busker.
Mustam ketika itu sedang mendendangkan lagu popular ‘Selimut Tetangga’ oleh kumpulan Repvlik dari Indonesia, dan tergamam seketika sebaik saja terpandang Dr Mahathir, tetapi meneruskan nyanyiannya.
“RM50 yang Tun bagi akan saya frame kan. Kredit kepada Faiz &friend fans genji dari Pahang yang tolong ambil gambar,” tulisnya lagi.
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/01/27/tun-m-buat-genji-buskers-lupa-lirik/#ixzz3Spgy7q8i
Read more: http://bm.therakyatpost.com/viral/2015/01/27/tun-m-buat-genji-buskers-lupa-lirik/#ixzz3Spgy7q8i
Dakwaan Caliph Busker bahawa kutipan merosot bila ada demontrasi di nafi oleh Genji Busker
Genji Buskers: Kutipan bertambah waktu demo
Kumpulan penyanyi jalanan, Genji Buskers mengakui jumlah kutipan wang diterima daripada pengunjung bertambah sewaktu demonstrasi jalanan berlangsung khususnya depan pusat membeli belah Sogo.
Vokalisnya Mustam Mustapa berkata sebelum ini mereka beberapa kali mengadakan persembahan depan pusat membeli-belah itu ketika demonstrasi berlangsung dan mendapat jumlah kutipan yang lebih berbanding hari biasa.
"Saya telah melalui beberapa episod perhimpunan aman sebelum ini termasuk yang tidak aman.
"Bila berlaku himpunan aman sebenarnya, ia impak yang bagus (pendapatan meningkat). Saya juga pernah lalui benda yang sama, waktu ada kereta polis terbalik, waktu itu saya busking," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebelum ini Astro Awani melaporkan kumpulan Caliph Buskers mempertikaikan perhimpunan 'Kita Lawan' yang dianggotai aktivis Adam Adli sebagai mengganggu periuk nasi pemuzik jalanan.
Pada Sabtu lalu perhimpunan 'Kita Lawan' bagi mendesak pembebasan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berlangsung di Sogo yang menyaksikan aktivis Adam Ali dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Fariz Musa ditahan.
Mereka ditahan bawah seksyen 143 Kanun Keseksaan itu berkaitan dengan Akta Himpunan Aman 2012 bagaimanpun dibebaskan keesokkan harinya.
Menurut Mustam lagi, ketika perhimpunan itu berlangsung Sabtu lalu, Caliph Buskers tidak berada di situ kerana mengikut stesen radio Hot FM ke Port Dickson.
Dapat kaw kaw
"Saya pun tak tahu dia bercakap bagi pihak siapa," katanya yang sudah lima tahun menjadi penyanyi jalanan.
"Yang perform di Sogo pada hari itu adalah kumpulan Sentuhan Buskers, mereka dapat kaw kaw (banyak) income (pendapatan) pada hari itu, saya tahu kerana ada yang beritahu. Separuh dari beg mereka penuh duit," katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau khuatir ada pihak yang berada di belakang Caliph Buskers sehingga mereka berani mengeluarkan kenyataan sedemikian memandangkan usia kumpulan insan istimewa cacat penglihatan itu masih baru.
Sementara itu, seorang lagi penyanyi jalanan Nik Jidan turut mengakui pendapatannya meningkat ketika demonstrasi berlaku namun sekiranya sudah disembur dengan gas pemedih mata beliau tidak dapat meneruskan nyayian.
"Makin banyak dapat pendapatan ketika berdemonstrasi, namun tidak tentu juga kalau FRU sudah sembur kita tidak juga dapat perform," katanya.
Posted by Kedah Lanie
0 comments:
Post a Comment