Kesian...Tak Habis-Habis Najib Kena Tolak!!
Ketika majlis angkat sumpah Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi pada Oktober lalu, Perdana Menteri, Najib Razak telah ditolak (disenggol) dengan kuat oleh isterinya, Rosmah Mansor sehingga insiden itu menjadi viral di media-media sosial.
Rosmah dianggap tidak wajar berbuat demikian kepada suaminya yang juga Perdana Menteri, lebih-lebih lagi di acara penting yang melibatkan tetamu kenamaan daripada seluruh dunia itu.
Tetapi dalam minggu lalu, Najib terus menerima tolakan yang berterusan lagi. Ketika harta peninggalan Tun Razak cuba dikaitkan dengan perbelanjaan mewah keluarga Najib, terutama melibatkan isterinya Rosmah dan anak tirinya Reza Aziz, keempat-empat adik Najib tampil dengan kenyataan bersama menolak tanggapan sedemikian.
Mereka menyatakan, Tun Razak terkenal sebagai pemimpin yang berintergriti tinggi serta berjimat cermat sepanjang kehidupannya dan spekulasi mengenai harta peninggalan bapa mereka yang dikaitkan dengan kemewahan adalah tidak wajar sama sekali.
Setelah ditolak (disenggol) oleh isterinya, Najib ditolak pula oleh keempat-empat adik-beradiknya. Pada Rabu lalu pula, mesyuarat kabinet menolak suntikan modal sebanyak RM3 bilion lagi kepada 1MDB berikutan ramai ahli kabinet tidak bersetuju dengannya.
Jika berita ini benar dan ia juga belum dinafikan lagi oleh kerajaan sehingga kini, ia juga bermaksud penolakan sebahagian menteri-menteri kabinet terhadap Najib sendiri.
Ini kerana 1MDB adalah syarikat pelaburan yang ditubuhkan oleh Najib dan menjadi anak emasnya selama ini. Syarikat itu diletakkan dibawah Kementerian Kewangan di mana Najib juga adalah Menteri Kewangan, selain sebagai Perdana Menteri.
Penolakan ini sebenarnya amat memalukan Najib kerana beliau seolah-olah sudah ditolak dan tidak dipercayai lagi oleh menteri-menteri kabinet yang dilantiknya sendiri.
Jika di negara lain atau Najib seorang pemimpin yang bermaruah dan berintergriti, episod penolakan oleh ahli-ahli kabinet ini seharusnya menyebabkan beliau berasa malu untuk terus mengempuki kerusi Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.
Semalam pula, kajian oleh Merdeka Center mendapati penolakan rakyat semakin tinggi terhadap kepimpinan Najib dengan hanya tinggal 44 peratus saja lagi berbanding 48 peratus sebelum ini.
Setelah ditolak (disenggol) isteri, ditolak oleh adik-beradik dan ditolak oleh menteri-menteri kabinet, Najib juga ditolak oleh majoriti rakyat yang makin tidak berselera dengan kepimpinannya.
Maknanya, dalam waktu terdekat ini sudah ada empat kes penolakan diterimanya.
Jika mengikut kepercayaan orang Cina pula, angka 4 bermakna "mati". Dalam episod kena tolak ini, Najib telah disasar tiga kali dengan angka 4 iaitu oleh empat adik-adik beradiknya, penolakan rakyat yang menjadikan sokongannya hanya tinggal 44 peratus dan empat kes penolakan dalam waktu terdekat ini.
Seorang rakan Cina berkata, ia dengan itu bermaksud "mati-mati" atau akan "mati" dengan perlahan-lahan.
Kesian Najib...tak habis-habis kena tolak. Mungkinkah "matinya" juga sudah semakin hampir?
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
0 comments:
Post a Comment