Wednesday, 25 February 2015

Daripada hentam Mat Sabu lebih baik 'Selamatkan Johor Darul-Takzim '....

Khamis, 26 Februari 2015

Johor diramal bakal jadi 'Singapura' kedua ???
KERAjaan mana yg memrintah Johor selama ini, PAS ka? PKR ka? DAP ka?
Kalau dahulu S'pore berpisah dari M'sia siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?
Pulau Batu Puteh & Tanah KTM Tanjung Pagar tergadai siapa punya angkara, PAS ka? PKR ka? DAP ka?
ANDA KENAL SIAPA PENGKHIANAT NEGARA sebenarnya...

Daripada Hentam Mat Sabu Lebih Baik Mahfodz Mohammed Selamatkan Johor...


Inia kejadian bukan di negeri Arab tetapi negeri Johor Darul-Takzim, macamanalah Bala Tak Mai"

Kuala Lumpur – Exco Agama Kerajaan Negeri Johor, Abd Mutalib Abd Rahim menyifatkan tindakan penganjur yang memaparkan aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu sebagai satu tindakan yang memalukan dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera.

Menurut Abd Mutalib kejadian seumpama ini tidak sepatutnya berlaku kerana majoriti peniaga dan pengunjung di kawasan tersebut terdiri daripada masyarakat Islam.

“Tempat cari rezeki mengapa perlu perkara yang bertentangan dengan hukum syarak, yang memalukan majoriti peniaga adalah Islam.

“Pihak berkuasa (perlu) mengambil tindakan berdasarkan maklumat yang diterima, ramai anak muda yang menyaksikan termasuk anak-anak sekolah, sungguh memalukan,” ujarnya ketika dihubungi SuaraTV sebentar tadi.

Abd Mutalib turut berkata, beliau telah memaklumkan kejadian tersebut kepada Datuk Bandar namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diterima.

“Tidak sepatutnya berlaku, saya ada maklumkan pada Datuk Bandar tapi tiada respon (maklumbalas) dan saya rasa dia (Datuk Bandar) pun tidak tahu tentang kejadian ini.

“Kejadian seperti ini sepatutnya tidak boleh berlaku melainkan ada orang yan bawa masuk ke Bazar Karat, kerana ini benar-benar mencemarkan imej bazar karat yang selama ini menjadi tumpuan peniaga dan orang ramai,” ujarnya lagi.

Beliau turut menjelaskan kejadian tersebut, bukan kali yang pertama berlaku di negeri itu kerana menurut laporan yang diterima ia turut pernah diadakan di Segamat tidak beberapa lama dahulu.

SuaraTV petang tadi mendedahkan rakaman video yang memaparkan aksi gelek seorang wanita yang berpakaian menjolok mata di bazar Karat yang menerima kecaman masyarakat.

Majoriti pengguna media sosial di Facebook mendesak agar penguatkuasaan Majlis Bandaran Johor Baharu (MBJB) segera melakukan pemantauan di pasar berkenaan dan bertindak tegas terhadap pihak penganjur. -Suara TV 
Pemimpin kanan ulama PAS akui pernah tegur sikap Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mahfodz Mohamed mengakui bahawa beliau pernah menegur Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana sering tidak sealiran dengan Presiden parti.

“Saya secara peribadi telah menegur beliau, sebab saya lagi tua dari dia. Jika dia terus macam tu… orang ramai akan mula nilai beliau,” katanya pada sidang media sejurus selepas program Multaqa Ulama SeMalaysia anjuran PAS pada Sabtu.

Katanya, Mohamad atau lebih dikenali dengan Mat Sabu perlu akur dengan kepimpinan ulama serta menyokong Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sama ada beliau suka atau tidak.

Menyentuh tentang kepimpinan Abdul Hadi, Mahfodz berkata kepimpinan beliau sangat relevan kepada PAS dan juga kepada Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri ketika ditanya siapakah individu yang layak menjadi Timbalan Presiden PAS selain Mat Sabu, katanya itu terpulang kepada ahli untuk menentukannya.

“Terpulang kepada ahli…. kita hanya menceritakan siapa yang ada kemampuan menjadi pemimpin. (Biar) ahli yang tentukan,” katanya.

Mat Sabu dan beberapa pemimpin kanan PAS sebelum ini dibidas perwakilan Ulama PAS Perak yang mana beliau mendesak pemimpin kanan parti itu melepaskan jawatan sekiranya tidak mahu lagi menyokong Abdul Hadi.

Berucap dalam satu sesi perbahasan program yang sama, Sidek Noor menyelar timbalan parti serta naib presiden dan beberapa ahli jawatankuasa pusat kerana sering bertindak membelakangi Presiden.

Sebelum ini, Mat Sabu pernah bertindak membelakangi Presiden parti semasa isu Menteri Selangor tahun lalu.

Mat Sabu pada ketika itu berkata kenyataan Abdul Hadi yang menyokong jawatan Menteri Besar Selangor kekal kepada Tan Sri Khalid Ibrahim, bukanlah keputusan rasmi parti itu.
 -astroawani
ULASAN GB

Johor bakal ditimpa bala... tetapi bekas PJ Johor yang kini Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS yang juga ahli MSU kini asyik dengan menghentam Mat Sabu.

Belum ada apa-apa kenyataan daripadanya mengenai aksi gelek di Bazar Karat, Johor Baharu.

Perkara yang jelas mungkar di negeri sendiri didiamkan, bukankah itu bakal mengundang bala dari Allah swt? tanya seorang pemerhati politik di negeri Johor.

"Tiada guna merungut lagi mengenai kes Tan Sri Khalid yang dipertahankkannya di dalam isu MB Selangor kerana Sultan sudah berkenan melantik Azmin Mohd Ali sebagai MB Selangor yang baru," katanya.

Mat Sabu telah dengan secara gentleman menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya dalam PAS ekoran kenyataan Mahfodz itu.

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena