Sunday, 1 November 2015

DAP lawan PAS kerana Azmin? DAP akan beri laluan kepada Amanah & PKR bertanding di kerusi Pas..

Ahad, 1 November 2015
DAP lawan PAS di Selangor selepas Azmin tolak ubah gabungan 

Keputusan DAP bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) diambil selepas Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan di Selangor walaupun Pakatan Rakyat (PR) berkubur, kata Tony Pua.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015.
Pengerusi DAP Selangor Tony Pua berkata parti itu terpaksa membuat keputusan melawan PAS pada PRU akan datang kerana Menteri Besar Mohamed Azmin Ali enggan mengubah gabungan yang memerintah negeri itu selepas berakhirnya Pakatan Rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 1 November, 2015. 

Pengerusi DAP Selangor itu berkata, partinya terus kekal dalam kerajaan negeri yang dibentuk semasa PR masih wujud dahulu kerana tidak mahu menimbulkan lagi pergolakan politik di negeri terkaya itu selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai menteri besar.
"Sebab itu, DAP terus berada dalam sebuah kerajaan gabungan 'ad-hoc' dan DAP akan menjalankan peranan supaya dasar bersama Pakatan Rakyat yang disokong rakyat semasa pilihan raya dahulu akan dikotakan.
"Akan tetapi, gabungan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Masa depan kita adalah bersama Pakatan Harapan.
"Apatah lagi PAS sudah berulang-kali menegaskan mereka memutuskan segala kerjasama politik dengan DAP dan akan meletak calon PAS untuk bertanding di kawasan yang dipegang DAP," kata Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, semasa berucap di Konvensyen Biasa Negeri DAP Selangor 2015 di Petaling Jaya, hari ini.
Pua kemudiannya berkata kepada pemberita, DAP hanya mengumumkan hasrat awal untuk bertanding namun ia masih belum dimuktamadkan Pakatan Harapan.
"Ini hasrat kita, ada 22 kerusi PAS dan kita berhasrat merebut 8 kerusi, namun akhirnya sama ada kita mahu tanding 8, 5 atau 2 kerusi adalah selepas perbincangan atau perundingan bersama dengan parti Pakatan Harapan," katanya.
Pua berkata, tidak ada masalah bagi DAP memberi laluan kepada Amanah atau PKR sekiranya mereka ingin bertanding di kerusi itu.
"Hasrat untuk kita umum ialah untuk kerja-kerja dimulakan dan kalaulah di kawasan itu Amanah berhasrat untuk bertanding, jentera kita siap sedia akan beri sokongan.
"Parti kita bukan tikam belakang, kita bersetuju dengan parti lain, selepas perundingan  kita akan pegang pada persetujuan itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata DAP masih belum menetapkan tarikh perbincangan dengan Pakatan Harapan mengenai hasrat bertanding di 8 kerusi DUN PAS.
"Belum lagi, pilihan raya belum lagi tapi sekarang kita buat kerja dulu. Itu sebab kita usul supaya jentera DAP dapat mula kerja dan tidak kira Amanah nak bertanding atau DAP, tapi apabila tibanya pilihan raya, calon Pakatan Harapan mesti menang," katanya. – 1 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-lawan-pas-di-selangor-selepas-azmin-tolak-ubah-gabungan#sthash.3C8F1QHP.dpuf

1 comments:

Unknown said...

Adik sokong cadangan DAP. Nampaknya perjuangan politik DAP lebih jujur dari parti yang dikuasai majoriti Islam... malu la weiii... Jangan sebab takut ahli PAS Gombak tak bagi undi, awak (YB MB) memperjudikan nasib Pakatan Harapan.

Lagi afdhal kalau hantar wakil bincang dengan exco-2 Selangor dari PAS supaya hijrah ke Bahtera Pakatan Harapan. x kira PKR ke, Amanah ke, DAP ker. Exco tetap exco. Tolong berjuang untuk rakyat wahai MB.salam..

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena