Anak Azmin Sebenarnya Dipanggil Polis Sejak Julai Lalu?.. Tapi Tuan, BERSIH Diadakan Bulan Ogos Laaaa...
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.
Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.
“Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.
Ohh.. dah lama rupanya pihak Polis panggil anak Azmin untuk beri keterangan.. dah lebih tiga bulan rupanya.. lama tu..
Tapi Tuan.. BERSIH yang mana satu tuan maksudkan ini?.. BERSIH, BERSIH 2, BERSIH 3 atau BERSIH 4?
Perhimpunan BERSIH yang pertama diadakan pada 10 Nov 2007, perhimpunan kedua yang dikenali sebagai "Walk for Democracy" pula pada 9 Julai 2011.
Dan BERSIH yang ketiga adalah perhimpunan "Sit In" yang diadakan pada 28 April 2012.
BERSIH 4 telah berlangsung dari pukul 2 petang, Sabtu 29 Ogos 2015 hingga tengah malam Ahad 30 Ogos 2015..
BERSIH yang mana satu ni tuan.. takkanlah BERSIH 3 kot?.. dah hampir 3 tahun berlalu tu..
Tentu sebab anak Azmin sertai BERSIH 4 kan??
Kalau macam tu hebat hebat betullah risikan Polis KL ni ya.. benda yang belum berlaku pun mereka dah tahu akan berlaku sebulan lebih awal..
Ha.. ha.. ha...
Laporan berkaitan..
PUTRAJAYA, 9 November:
Polis meminta Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali tidak menjadikan alasan peperiksaan bagi mempersoalkan tindakan polis memanggil anaknya, Basheer Azmin untuk direkodkan keterangan, berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata, anak lelaki Mohamed Azmin sebenarnya dipanggil untuk memberi keterangan sejak Julai lalu, namun gagal memberi kerjasama.
Beliau menjelaskan, polis pada awalnya hanya memaklumkan kepada pelajar berusia 15 tahun itu melalui panggilan telefon, untuk hadir memberi keterangan bagi mengelakkan sebarang kekecohan.
“Kita buat begitu untuk mengelak kekecohan, tetapi setelah lebih tiga bulan, dia tetap tidak hadir ke balai, memaksa polis mengeluarkan notis arahan menghadiri penyiasatan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah.
“Maknanya, polis telah memberikan begitu banyak masa, malah beliau sebenarnya boleh memilih untuk hadir memberikan keterangan lebih awal, tanpa menunggu notis dikeluarkan,” katanya mengulas rungutan Mohamed Azmin berhubung notis meminta anaknya hadir memberi keterangan di balai polis, walaupun perlu menduduki peperiksaan akhir mulai hari ini sehingga Jumaat ini.
Tajuddin ditemui selepas menghadiri majlis serah terima tugas pengurusan bencana negeri Majlis Keselamatan Negara (MKN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) WPKL, hari ini.
Menurut notis itu, anak Mohamed Azmin dikehendaki hadir pada jam 10 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, bagi direkodkan keterangan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan Bersih.
Tajuddin berkata, berdasarkan tempoh masa yang diberikan, beliau percaya isu peperiksaan sengaja ditimbulkan, bagi mewujudkan prasangka negatif terhadap tindakan polis tersebut.
Semalam, Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menerusi laman sosial Twitternya, memuat naik status menyatakan anak lelakinya dipanggil polis untuk direkodkan keterangan hari ini, kerana terlibat dalam perhimpunan berkenaan.
Mohamed Azmin juga dilaporkan sebagai berkata, anak lelakinya akan menduduki semua kertas peperiksaan akhirnya yang bermula hari ini sehingga Jumaat ini terlebih dahulu, sebelum memberi sebarang keterangan kepada polis - The Rakyat Post
Posted by Anak Sungai Derhaka
0 comments:
Post a Comment