Wednesday, 4 November 2015

Ketua Menteri Sarawak kata 'Putrajaya Bodoh' - Tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina.

Rabu, 4 November 2015
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, menggelar ia sebagai bodoh dan tidak berasas.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata polisi Putrajaya yang tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) di sekolah Cina, bodoh dan tidak berasas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 November, 2015.

Putrajaya bodoh tidak iktiraf peperiksaan sekolah Cina, kata ketua menteri Sarawak


Adenan berkata, tidak masuk akal jika tidak mengiktiraf UEC kerana ia akan menyebabkan mereka yang pakar dan berbakat keluar atau berhijrah ke negara yang mengiktiraf kelayakan itu.
“Saya tidak peduli apa yang kerajaan persekutuan buat tetapi saya fikir itu bodoh.
“Saya bersedia untuk mempertahankannya,” katanya merujuk kepada pendidikan masih di bawah bidang kuasa persekutuan meskipun Adenan mengambil langkah menuntut ia semula di bawah Perjanjian Malaysia.
Beliau berkata, Sarawak akan kehilangan banyak individu berbakat kepada negara seperti Singapura dan Taiwan, akibat daripada polisi itu.
“Negara lain akan ambil mereka.
“Sangat membazir. Bagaimana kita hendak sekat peluang mereka (dalam negara ini)?,” katanya pada program Hari Integriti Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak, hari ini.
UEC ialah peperiksaan standard yang perlu diduduki pelajar di semua 60 sekolah menengah persendirian Cina di negara ini.
Sejumlah besar universiti antarabangsa, termasuk Universiti Oxford, United Kingdom yang berprestij itu turut mengiktiraf kelayakan peperiksaan itu.
Putrajaya tidak mengiktiraf UEC kerana ia tidak mengikut kurikulum pendidikan negara.
Berhubung langkah Sarawak menuntut semula kuasa autonomi terhadap pendidikan dan meningkatkan keupayaan rakyatnya berbahasa Inggeris dengan menjadikan ia bahasa pengantar di sekolah, Adenan berkata, Bahasa Inggeris bukan lagi bahasa “bekas penjajah” tetapi bahasa antarabangsa.
Katanya, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menutup diri mereka daripada dunia luar.
“Anda bukan di bulan. Anda berada di dunia ini,” katanya.
Beliau berkata memberi penekanan kepada Bahasa Inggeris tidak bermakna negeri itu meletakkan Bahasa Melayu di bawah.
“Kita boleh ada kedua-duanya,” katanya. – 4 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-bodoh-tidak-iktiraf-peperiksaan-sekolah-cina-kata-ketua-menteri-s#sthash.IMjpy3Az.dpuf

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena