Wednesday, 4 November 2015

Nik Abduh & PAS Tuduh Parti AK Erdogan Tidak Ikut Al-Quran & As-Sunnah? Pasai apa dulu hang duk bersorak untuk AK!

Rabu, 4 November 2015
Nik Abduh & PAS Tuduh Parti AK Erdogan Tidak Ikut Al-Quran & As-Sunnah
Kemenangan AKP, kegembiraan untuk umat Islam 

DPPM mengucapkan sekalung ucapan tahniah di atas kejayaan Parti AK (AKP) mempertahankan kemenangan di Turki sekali gus meneruskan penguasaan bagi penggal keempat berturut-turut. 

Dalam pilihan raya ulangan yang baru sahaja berakhir kelmarin, AKP mencatatkan 49.3 peratus undi yang melayakkan mereka menghantar 313 perwakilan ke Parlimen.

Dengan itu, AKP layak membentuk kerajaan secara bersendirian (single-party rule) meskipun dalam masa yang sama ia tidak mencapai sasaran 330 perwakilan bagi membolehkan Perlembagaan dipinda seperti yang disasarkan sebelum ini. 

Selain itu, parti-parti pesaing utama yang lain terutamanya CHP, MHP dan HDP, masing-masing berjaya memperoleh peratus undian lebih daripada 10 peratus seterusnya membolehkan mereka menghantar wakil ke Parlimen.

Kemenangan AKP disambut dengan rasa syukur melihatkan ketidaktentuan politik Turki sejak akhir-akhir ini. Ini ditunjukkan dengan keputusan pilihan raya umum pada 7 Jun yang menyaksikan kemerosotan yang agak ketara peratusan undi AKP. Ia suatu cabaran yang besar bagi AKP disebalik kemenangan besar yang dicapai berdasarkan rekod pilhanraya umum 2011 yang lalu.

Kelantangan pemimpin-pemimpin utama AKP di samping pengaruh besar yang dimiliki Presiden Turki, Reccep Tayyib Erdogan dalam mempertahankan umat Islam di Palestin merupakan sesuatu yang harus diberi perhatian. 

Usaha Turki membela umat Islam di Palestin juga mendapat reaksi positif daripada Parlimen Palestin yang menganggap ia adalah ruang terbaik bagi memberi tekanan diplomasi ke atas Israel. Ini sekali gus meluaskan pengaruh Erdogan di kalangan negara-negara umat Islam.

DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah. 

Namun kita memperakukan kekuatan di dalam pentadbiran yang dilaksanakan AKP sehingga mereka layak diangkat sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti dan demokratik untuk beberapa tahun akan datang. Ia sebenarnya menjadi petunjuk mudah bahawa Malaysia di bawah pentadbiran Umno BN masih jauh terkebelakang di dalam mempraktiskan sebuah amalan pentadbiran yang berjaya.

Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Turki adalah sebuah negara yang penuh dengan sejarah peradaban umat Islam. Di situlah keadilan kerajaan Islam diangkat ke tempat yang paling tinggi dan mulia. Di situ jugalah kerajaan Islam jatuh rebah menyembah bumi. 

Walau bagaimanapun, suatu hari bumi Uthmaniyyah ini pasti akan bangkit membawa slogan ‘al-Islam huwa al-hal’ dan itu juga slogan kebangkitan bagi seluruh umat Islam termasuklah di Malaysia. Semoga AKP tidak hanyut dengan nikmat memerintah negara yang penuh dengan sejarah kegemilangan Islam itu.

“Beristiqamah Sehingga Kemenangan”

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia,
Ahli Parlimen Pasir Mas. - HARAKAHDAILY 4/11/2015 


ULASAN GB

Kenyataan Nik Abduh menjelaskan beliau menganggap AKP Erdogan sebagai sebuah parti sekular. Di sebelah atasnya memuji Erdogan dan AKP kerana kemenangan besarnya di Turki. Di baahagian bawahnya sempat pula dia menyatakan "DPPM sedar bahawa AKP bukanlah parti berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah."

Kemudian dia menyatakan lagi: Justeru PAS di samping memuji kebijakan AKP, tetap mengingatkan tentang kewajiban ugama yang masih jauh daripada capaian politik umat Islam hari ini. Menegakkan syariat Allah adalah matlamat yang tiada galang gantinya di dalam mencapai kemenangan sebenar politik Islam hari ini dan pada bila-bila pun.

Walau bagaimanapun, tanggungjawab AKP juga besar. Mereka mesti bergerak kepada Islam setapak demi setapak. Ia memerlukan kebijaksanaan yang jitu bagi memujuk rakyatnya dan kewajipan untuk istiqamah dengan Islam pula adalah suatu komitmen yang begitu getir dan perlu diperhatikan.


Dari kenyataannya kita dapat membaca maksud tersiratnya, kononnya Parti AK tidak seperti PAS. PAS lebih Islam, PAS lebih istiqamah, dalam ertikata lain PAS lebih betul daripada AK Parti. Sheikh Qaradhawi dalam kenyataannya pun tak tulis mmacam kenyataan Nik Abduh itu, tak sebut pun AKP itu tak Islamik.

Samalah seperti kumpulan AMANAH, dituduh oleh golongan PAS sebagai kumpulan Erdogan dan mereka berjaya menyisihkan kumpulan Erdogan ini di dalam muktamar PAS yang lalu. Malah Presiden PAS telah menghalau mereka keluar dari PAS. Sehinggalah kumpulan Erdogan ini membentuk sebuah parti baharu bernama Parti Amanah Negara (AMANAH). Presiden PAS tak puasti lagi, terus menuduh pula pemimpin yang keluar PAS itu sebagai pengkhianat dan wajar dihapuskan. Dia yang halau dia juga yang menuduh mereka pengkhianat!

Sementara itu pula di kalangan para penyokong PAS terbelah dua. Ada yang mengutuk AKP sama seperti kenyataan Nik Abduh diatas yang menyatakan AKP itu tidak Islamik. Sementara sebahagian lagi bersorak gembira dengan kemenangan AKP. Bila ditanya mengapa mereka gembira, mereka menyatakan AKP juga sebuah parti Islam! Cuba lihat kepada sisipan berikut:

ulasan:

Timnajib Jomfikir berkata...
Mana-mana lepas ni, kalau ada iras-iras pentadbiran serupa parti Amanah puak-puak PAS akan meroyan dan terus meroyan..
Pasal apa, pasal..depa ingat, depa sahaja yang Islam orang lain kafir.walaupun, depa tak pandai urus tadbir dan kerja harta benda duniawi.
Abdul Said berkata...
Betullah tu. AKP bukan parti Islam ia parti sekular. PAS sahaja parti yang membawa mesej Islam. Maka sebab itu mereka boleh menghalau mereka yang tidak sehaluan, memburuk-burukkan orang yang di sealiran, menafikan jasa dan pengorbanan orang lain terhadap Islam dan memfitnah orang yang tidak digemari. Apabila mereka yang dianggap seteru telah keluar dan dihalau maka senanglah harta dan pangkat dunia dibolot semahunya. Inilah perjuangan parti PAS yang kononnya membawa mesej Islam. Suka ke atau tidak AKP telah mula berjasa kepada rakyat Turki dan juga kepada umat Islam yang lain termasuk di Malaysia!!. Sementara itu kita sebagai umat Islam di Malaysia perlulah berbangga dengan kejayaan parti Islam di Malaysia yang berhutang kepada guru-guru dibawah pentadbirannya, yang gagal memberi 'bumbung' kepada mangsa banjir dan yang penting sekali yang berjaya mengondolkan hutan di Kelantan demi untuk melayan nafsu serakah semasa hidup!!
nick berkata...
Yes, right on the head, Abdul Said, hanya PAS ajelah parti islang yang terbaik di dunia walaupun dapat pegang Kedah dan terengganu hanya sepenggal sebab pemimpinnya semua tak reti buat keja saamapai rakyat naik meluat. Hanya PAS lah yang mampu membangun dan menjayakan islang walaupun diberi amanah untuk memasukkan duit potongan gaji kakitangan mereka pong tak mampu nak buat sebaliknya mereka rembat buat belanja (mungkin untuk lawatan sambil bersiar2 dan naikkan elaun adun dan MB serta timbalan).

AKP takde sibuk berjubah2dan berserban pastu kehulu kehilir dengan mengkafirkan sesama umat tetapi mereka berjaya memajukan serta menaikkan nama islam dimata dunia dengan bersederhana dalam semua hal dan agama. Kat Mesia ni, PAS hanya mampu menjuarai lapangan lawak bodoh yang dahulunya dikuasai penuh oleh MP2 UMNO. PAS dengan MP2 mereka yang jahil demokrasi dan politik hanya duduk diam makan elaun buta serta buat lawak bodoh dengan bertanyakan soalan2 taraf budak tadika dan yang lebih teruk lagi, tanya benda yang 'out of topic". Lain yang dibahas lain yang ditanya sampai tuan speaker bagi arahan supaya soalan tu jangan dijawab sebab sipetanya tu bodoh, bagi jawapan pun bukannya dia faham!

Dan inilah dia golomgan2 yang merasa mereka itu lebih bagus dan lebih suci dari AKP. Kerana apa? Kerana mereka taat membuta tuli kepada tuang presideng yang mereka dewakan sebagai manusia istimewa dan terpilih. Tuang presideng yang dok selalu ponteng sidang, selalu mencaci ahli sendiri serta sentiasa tidak tetap pendirian dan tunggang tebalik fatwanya. Sehingga kini masih ramai lagi yang tak faham bagaimana PAS masih duduk di bahagian pembangkang sedangkan Tuang Presideng mahu bekerjasama dengan UMNO dan Najib. Ramai lagi masih tertanya2 tentang akhiran "amanatnya" serta pendiriannya tentang duit donation najib yang menurut pemahaman Hj Hadi perlu menyediakan 2 saksi untuk menuduh Najib terima duit haram! Sampai sekarang No action and also talking crap!

Antara PAS dengan AKP? PAS tu ibarat parti "tupperware" aje, bila nak lakukan produk barule giat buat program. Bila duit dah masuk sikit, diam aje le sampai duit dalam poket kering! Nak dibandingkan AKP dengan mana2 parti politik kat mesia ni, belum ada yang layak tapi ada yang berpotensi. PAS langsung takdak potensi kalau Presidengnya masih Hadi, Murshidul amnya masih harun Din dan pengarah penyelidikan politik nya masih Dr watermelon iaitu Zuhdi.

Nick.
Cape Tiger.

1 comments:

Anonymous said...

kelantan-Ustad Idris Ahmad kata kenaikan elaun yb untuk rakyat sebabnya ia akan dikembalikan kpd rakyat juga melalui bantuan yg diberikan.kah..kah..kah...lucunya.Potongan utk parti hanya 10% je...90% lagi tu utk yblah..cuma buat masa ni hanya seorang je yb yg tak ambil elaunnya selama 2 penggal,semuanya didermakan untuk rakyat iaitu yb wakaf bharu.Tapi tahun depan dia ambillah yg 8.000 tu...itupun kalau menang dlm keadaan mood rakyat kelantan yg dah 50/50 pada pas,begitu juga pengundi luar yg dah kecewa dgn pimpinan baru hari ini yg dah jadi macam umno-yg dpt sapu dan kebas..gaya hidup pun dah macam umno iaitu mewah semacam...hai..hai.. lebai..lebai...

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena