Tuesday, 3 November 2015

PAS kini 'Pentingkan Najib & UMNO dari rakyat'! Ape hal pun, Najib pasti tersenyum girang...

Selasa, 3 November 2015
“Setengah Juta Rakyat Malaysia Masih Hidup Di Garis Kemiskinan” – Al Jazeera


Enggan Tolak Bajet 2016, PAS Pentingkan Najib & UMNO Dari Rakyat


Nak kongsi satu kisah... 
Dengan atau tanpa PAS, Pakatan Harapan tolak bajet 

Pakatan Harapan hari ini menegaskan ia akan tetap dengan pendirian meneruskan untuk menolak Belanjawan 2016 dan meneruskan usaha usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.Datuk Seri Najib Razak. 

“Bagi kami, kedua-dua perkara, iaitu menolak belanjawan dan usul undi tidak percaya merupakan tugas moral ahli-ahli Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia. 


“Ini kerana kepimpinan Najib kini terbukti dibelenggu oleh skandal demi skandal termasuk 1MDB dan derma yang masuk ke akaun peribadi perdana menteri yang membawa kemudaratan kepada negara dan rakyat,” kata Pakatan Harapan dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani bersama oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, dan Presiden AMANAH Mohamad Sabu. 

Hadi sebelum ini dilaporkan berkata, PAS mengambil langkah berkecuali dan tidak akan undi bagi pembangkang secara mutlak kerana dasar parti itu adalah bagi menyokong perkara-perkara positif untuk rakyat dan membantah perkara-perkara negatif. 

Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Aziz pula menjelaskan bahawa 14 ahli parlimen parti itu akan berkecuali kerana walaupun mereka mentang beberapa perkara seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), belanjawan itu masih mempunyai kebaikan untuk rakyat. 

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, bagaimanapun berkata, beliau masih belum menerima apa-apa arahan rasmi mengenai perkara itu. 

PAS diketepikan daripada pakatan pembangkang yang baru itu selepas bertelagah dengan DAP sehingga membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat. -mk 

ULASAN GB 

Beberapa kenyataan dan pendirian Haji Hadi dan PAS mutakhir ini menampakkan keterasingan PAS dari perjuangan rakyat yang pada PRU13 yang lalu, 52% rakyat mengundi Pakatan Rakyat. 

PAS nampaknya menyongsang arus. Tidak lagi memperjuangkan nasib rakyat. 

Kenyataan-kenyataan Haji Hadi danpimpinan PAS lebih ketara untuk "memisahkan diri" dari blok pembangkang di samping cuba mengambil hati Perdana Menteri, Najib Razak dan parti UMNO. 

PAS tidak bersama PH mengangkat plakad menanya Najib "Mana Derma RM2.6 Bilion?", PAS tidak bersama Pakatan Harapan untuk dengan tegas mengusul undi tidak percaya kepada Najib", PAS kononnya tak gila kuasa tapi hanya mahu menjadi Penasihat UMNO BN dan yang terbaru PAS tidak bersama di dalam usul menolak bajet 2016. 

Tidak mahu menyokong usul tolak bajet 2016 bererti PAS rela dan redha dengan penindasan dan kezaliman kerajaan UMNO BN yang penuh dengan korupsi itu. 

Jika mengikut Nik Abduh, kononnya ada beberapa hal yang menguntungkan rakyat di dalam Bajet 2016 adalah kerana "budak mentah" dalam politik ternampak dan terpedaya adanya "gulu-gula" yang diselitkan di dalam Bajet 2016. 

Apa-apa hal pun, Najib pasti tersenyum girang dengan pendirian Haji Hadi dan PAS. 

Penyatuan PAS dan UMNO yang kini sedang diusahakan oleh beberapa bekas pimpinan PAS sendiri kini berjalan baik dan yang malangnya ialah pimpinan tertinggi PAS enggan berterus-terang untuk mengelakkan ahli-ahli PAS meninggalkan parti berkeanaan. 

Namun, hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan. Yang benar itu akan tetap terserlah jua akhirnya. Ia tidak dapat disembunyikan. Rakyat sudah membuka matanya... 



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena