Wednesday, 11 November 2015

Rozali Ismail bukan lagi peneraju SYABAS...'Dulu heboh diperkatakan, gajinya RM16,346 sehari'?

Khamis, 12 November 2015

"The CEO of SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail, Treasurer of Selangor UMNO, is paid RM5.1 million a year or RM425,000 a month or RM16,346 a day."

Kartun Rakyat : 23 Januari 2013

Rozali Ismail bukan lagi peneraju SYABAS

Tan Sri Rozali Ismail bukan lagi pengerusi eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selepas pengambilalihan oleh Air Selangor Sdn Bhd pada 15 Oktober lepas.
Manakala dua lagi pegawai kanan SYABAS – ketua pegawai eksekutif SYABAS Datuk Ruslan Hassan dan ketua pegawai operasinya Abdul Rashid Abd Satar – ditamatkan kontrak.
Bagaimanapun, menurut sumber, Rozali tidak lagi terlibat dalam pengurusan syarikat itu kerana telah menjual sahamnya kepada Air Selangor.
Malah, sumber itu juga memberitahu SYABAS kini diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Suhaimi Kamaralzaman.
Rozali Ismail sebelum ini pernah diserang kerana didakwa menerima gaji terlalu tinggi.
Majalah perniagaan utama Malaysian Business pada Februari tahun lalu menyenaraikan Rozali antara 40 orang terkaya di Malaysia dengan RM543.74 juta.
Kekayaan itu dinilai berdasarkan nilai pegangan dalam syarikat tersenarai pada 18 Jan 2014.
Perkara biasa, kata Azmin
Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengesahkan Ruslan dan Rashid ditamatkan perkhidmatan selepas persetujuan bersama.
"Penamatan perkhidmatan adalah perkara biasa dalam mana-mana proses pengambilalihan,” kata Azmin yang memberi jaminan kakitangan lain akan dikekalkan bawah pengurusan baru.
Azmin berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Mat Nadzari Ahmad Dahlan (BN-Batang Kali) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di Shah Alam hari ini.
Pada 10 Julai lalu, kerajaan negeri dan pusat berjaya memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Lembah Klang melalui perjanjian persefahaman di Putrajaya.
Berikutan itu, berlaku pengambilalihan dalam Puncak Niaga dan SYABAS, yang menyaksikan perubahan dalam pengurusan syarikat terbabit.
Malaysiakini sedang berusaha mendapatkan maklum balas Rozali berhubung perkembangan tersebut.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena