Tuesday, 10 November 2015

UMNO dan Pas tidak cukup untuk membentuk UG di Selangor...Setelah 2 ADUN Pas sertai Amanah - Noh Omar

Selasa, 10 November 2015
Jumlah ADUN UMNO dan Pas tidak cukup untuk membentuk kerajaan perpaduan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 29 ADUN untuk mendapat majoriti.
Noh-Omar
Tiada kerajaan perpaduan UMNO-Pas di Selangor
Mikha Chan - FMT

KUALA LUMPUR: UMNO Selangor tidak pernah mengadakan perbincangan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi membentuk kerajaan perpaduan Pas-UMNO di Selangor.

 Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar. 

Katanya, beliau tidak pernah berjumpa dan berbincang dengan Abdul Hadi seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. 

Noh berkata, dakwaan itu tidak logik kerajaan jumlah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas dan UMNO masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan campuran. 

“12 ADUN campur 15 ADUN jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan,” katanya ketika ditemui di Rumah Terbuka sempena Sambutan Deepavali di Batu Caves pada Selasa. 

Majlis itu dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan menteri-menteri Kabinet. 

UMNO Selangor mempunyai 12 kerusi di Selangor manakala Pas hanya tinggal 13 kerusi selepas dua ADUN menyertai Parti Amanah Negara. 

Husam dalam satu ceramah di Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini mendakwa, Abdul Hadi sedang mempertimbangkan kerajaan perpaduan dengan UMNO di Selangor. 

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/11/10/tiada-kerajaan-perpaduan-umno-pas-di-selangor/#sthash.AnkXELvQ.dpuf

Comments

Amy Tan · 

PAS akan wujud kerajaan perpaduan dengan UMNO bukan pada masa sekarang tetapi pada PRU ke 14. Jelasnya kini kerusi masih tidak mencukupi untuk mengambil alih kerajaan Selangor tetapi PAS akan bertanding lebih 20 kerusi dan jika menang semua, kerajaan perpaduan akan ditubuhkan pada PRU ke-14.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena