Pemuda PAS Kelantan sedia hadapi PAN
1. Kenyataan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad bin Sabu bahawa parti tersebut bersedia untuk menggantikan PAS mentadbir kerajaan negeri Kelantan di dalam pilihan raya umum yang akan datang hanyalah menyerlahkan tujuan sebenar parti itu ditubuhkan. Ia hakikatnya bukanlah satu kenyataan yang mengejutkan bahkan sudah dijangka sekian lama sekalipun selama ini beberapa pemimpin parti tersebut menegaskan bahawa penubuhan parti baru itu bukannya untuk menentang PAS.
2. Saya mengalu-alukan kenyataan Mohamad bin Sabu atas semangat dan amalan demokrasi. PAN berhak untuk memilih mana-mana kerusi di Kelantan untuk bertanding bahkan Mohamad bin Sabu sendiri tidak dihalang untuk bertanding di negeri ini sebagaimana yang pernah ditandinginya semasa berada di dalam PAS. Dengan pengumuman terbaru ini, PAN secara rasminya telah mengambil alih tugas UMNO untuk menentang PAS di negeri ini.
3. Namun suka untuk dinyatakan bahawa Pemuda PAS Kelantan bersedia untuk menggerakkan kempen dan gerak kerja secara serius bagi memastikan lawan PAS di Kelantan sama ada bernama UMNO atau PAN akan tewas di dalam pilihanraya. Sekalipun mungkin ancaman dari pihak PAS ini tidak dilihat serius, namun saya ingin mengingatkan bahawa di dalam politik, tidak ada lawan yang kecil. Semua lawan adalah besar dan wajib dipandang serius.
4. Hakikatnya, kenyataan Presiden PAN itu mengesahkan bahawa itulah tujuan sebenar PAN ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional. Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah? Barang diingat bahawa logiknya kerajaan UMNO/Barisan Nasional pastinya tidak akan membiarkan sebesar kuman pelanggaran undang-undang sekiranya dilakukan oleh PAS di Kelantan.
5. Ketika UMNO sedang melancarkan kempen 'Kelantan Milik BN PRU14', PAN hadir pula sebagai lawan PAS. Saya rakamkan tahniah kepada DAP di Pulau Pinang yang dilihat sangat sempurna di mata PAN sehingga tiada niat dan sebarang kenyataan untuk PAN turut bertanding kerusi DAP atau sekurang-kurangnya bertanding di Pulau Pinang. Tahniah juga kepada UMNO Kelantan kerana mendapat bantuan untuk menentang PAS dari sumber yang barangkali tidak diduga ini.
6. Dengan kenyataan Mohamad bin Sabu ini, jelaslah kepada rakyat Kelantan siapakah yang akan memberikan keuntungan politik kepada UMNO. Ia memudahkan untuk rakyat membuat keputusan awal bermula sekarang berhubung undi di dalam pilihan raya umum nanti.
7. Di antara PAN dan PAS, rakyat tentunya dapat menilai dengan adil, siapakah yang akan lebih tegas mempertahankan prinsip Islam di dalam pentadbiran.
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan
ULASAN GB
Sungguh menghairankan sekaligus melucukan apabila kita membaca kenyataan KP PAS Kelantan.
Dia nak menyalahkan AMANAH jika PAS tewas di Kelantan kononnya penyertaaan AMANAH di dalam pilihanrayadi Kelantan akan memberi kemenangan kepada BN.
Sedarkah beliau bahawa sekarang ini rakyat khususnya yang tinggal di Kelantan telah jelak dan jelek dengan sikap pemimpin PAS Kelantan yang angkuh, sombong dan hidup dengan penuh keduniaan setelah ketiagaan TGNA? Mereka yang menyertai AMANAH di Kelantan kini mencecah hampir 12,000 orang walaupun AMANAH baru dilancarkan hanya 2 bulan yang lalu, sekaligus menjadi negeri yang paling ramai menyertai AMANAH?
Beliau juga menyatakan "tujuan sebenar AMANAH ditubuhkan iaitu untuk menentang PAS sekalipun implikasinya memberikan kemenangan kepada UMNO / Barisan Nasional". Tiada siapa yang berkata begitu kecuali PAS sendiri yang merasakan dirinya tergugat dengan kehadiran AMANAH. Tujuan AMANAH bukan untuk menentang PAS, tetapi bertahaluf dengan parti-parti rakan komponen Pakatan Harapan yang menggantikan Pakatan Rakyat yang telah dihancurkan oleh PAS! Tujuan PH adalah sama dengan PR dahulu,
iaitu menentang kebobrokan sistem pemerintahan yang dibawa BN. PH telah memberi ruang kepada PAS untuk ikut serta tetapi PAS yang angkuh dan sombong tidak mahu menyertai PH. PAS mahu bersendirian. Silakan, tetapi jangan menuding orang lainjika tewas di dalam PRU
Fadhli juga seperti mendedahkan pekung sendiri apabila menyatakan "Adakah Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam sehingga ia wajib ditentang juga oleh parti yang mendakwa berteraskan Islam? Jika didakwa ada penyelewengan, adakah ia dibuktikan oleh saluran undang-undang yang sah?"
Kita jawab "YA" Kelantan sudah menyeleweng dari asas pentadbiran Membangun Bersama Islam dan wajib ditentang habis-habisan. Sudah ada pihak yang membuat laporan kepada SPRM mengenai kes pembalakan di Kelantan. Malah penderitaan guru-guru YIK yang wang caruman mereka dirompak oleh kerajaan Kelantan sekarang di dalam perhatian pihak berkuasa. "Membangun Bersama Islam"kah jika wang gaji yang dipotong dari kakitangan YIK tetapi tidak dimasukkan ke beberapa agensi seperti Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)dan Koperasi Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)?
KWSP sepatutnya sudah boleh mengheret kerajaan Kelantan ke mahkamah kerana kegagalan caruman KWSP. Ia adalah staturi dan majikan boleh dipenjarakan mengikut undang-undang sedia ada.
Ingat jika Kelantan tewas di dalam pilihanraya akan datang, ia bukan salah orang lain, jauh sekali AMANAH. Ia salah kamu sendiri!
ulasan:
- Salam:
Statement ketua pemuda yg LUCU,Hadi dah DECLARED jadi Penasihat pada UMNO/BN (MUSUH).Statement Hadi terang-terang dibuat di media perdana.Bukankah PAS yg berkawan dgn UMNO?Takkan PH pula nak tolong BN kalahkan PAS.Saya rasa KP PAS ni kurang exposure dgn dunia luar pantai timur.Tak tahu ka dia menantu Hadi dekat selangor jadi boss perangsang Selangor.Berbeza dgn TGNA,dimana TGNA sendiri membatalkan perlantikkan menentu almarhum sebagai CEO dulu.Mungkin dia tak baca statemnt Zuhdi,mungkin dia tak perasan perlantikkan Nasarudin proxy umno,mungkin dia tak dengar ceramah penerangan Hasan Ali,Tak tahukah dia presidentnya jumpa big-big bos pemimpin umno tanpa pengetahuan parti kawan atau dia buat TAK-TAU.
Apa Hadi nasihatkan tentang Balak Kelantan?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang YIK?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang perlantikkan menantunya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang sistem CAI?
Apa yg Hadi nasihatkan tengtang boo-mengeboo?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang Ponteng-memonteng?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang amanatnya 1981nya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang GST?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang Najib 2.6B?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang isteri najib?
Apa yg Hadi sumbangkan rakyat di bawah jagaan Parlimennya?
Apa yg Hadi nasihatkan tentang setia-kawan?
dan banyak lagi.....
CONFIUS..Hadi confiuskan semua orang,TITM Confius,Naib-naib President lagi confius,pemimpin-pemimpin bawahan Mega confius,Dewan ulama terputus wire Fius.
sekian.wassalam.
0 comments:
Post a Comment