Tuesday, 10 November 2015

[Video Tak patut] WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE! 1MDB - Jika mereka terus mengkritik, mereka ini seperti ‘pelawak’,” kata Kayveas.

Selasa, 10 November 2015
Tak patut!
Kredit: ShilleNide
Video asal : https://youtu.be/iqCYwpnw4ZI


Najib jadi ‘kambing hitam’ dalam isu 1MDB – Kayveas


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dijadikan ‘kambing hitam’ dalam isu melibatkan 1MDB, kata Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Tan Sri M Kayveas.

 Katanya, syarikat 1MDB itu tiada masalah tetapi sengaja diperbesarkan-besarkan sehingga menjejaskan nama baik Perdana Menteri. 

“Saya lihat 1MDB seperti syarikat-syarikat lain. Sekiranya syarikat itu ada RM52 bilion hasil daripada asset yang dimiliki dan syarikat itu nak buat pinjaman sebanyak RM42 bilion.. Saya kira tak ada apa-apa masalah. 

“Ini kerana syarikat itu boleh jual bila-bila masa asetnya untuk membayar hutang-hutang atau pinjaman yang dibuat,” katanya selepas menghadiri Sambutan Deepavali di Little India, Brickfields. 

Sehubungan itu, Kayveas berkata, pemimpin yang membuat kritikan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) dan pentadbiran Najib boleh dianggap sebagai ‘pelawak’. 

Ini kerana, katanya, tidak ada keperluan untuk mengkritik Najib berikutan fakta-fakta dan bukti mengenai isu 1MDB telah dikemukakan satu persatu. 

“Jika kita lihat pengkritik Najib mulai senyap berikutan bukti-bukti mengenai isu 1MDB telah dikemukakan kepada rakyat. 

“Saya fikir jika mereka terus mengkritik, ia hanya menunjukkan mereka ini seperti ‘pelawak’,” katanya. 

Kayveas juga menyatakan kekecewaannya apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang mentadbir negara lebih 20 tahun turut lantang mengkritik pentadbiran Najib. 

Katanya, beliau hairan dan tidak memahami tindakan yang dibuat Dr Mahathir itu. 

“Setiap kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir sangat menyakitkan,” tambahnya. 

http://www.freemalaysiatoday.com

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena