Saturday, 3 February 2018

[Video Kalau PH tak menang PRU14 RAKYAT MATI] Tun Mahathir anggap industri tempatan mati, ramai rakyat menganggur.

Ahad, 4 Februari 2018

Tun Mahathir anggap industri tempatan mati, ramai rakyat menganggur

Tun Mahathir anggap industri tempatan mati, ramai rakyat menganggur

Tun Mahathir anggap industri tempatan mati, ramai rakyat menganggur

Dasar kerajaan pada masa ini seolah-olah tidak membantu pertumbuhan industri tempatan sebaliknya lebih cenderung membeli barangan dari luar negara, tegas Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata, kerajaan sepatutnya melindungi industri tempatan sekali gus menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat kerana semua negara berbuat demikian seperti industri pembuatan kereta.
“Dulu kita tidak benarkan kereta dari Korea masuk ke Malaysia, itu zaman saya dulu, zaman purba. Sekarang dibuka semuanya Korea, Jepun, Jerman.
“Negara-negara ini tidak membenarkan kereta kita masuk ke negara mereka tetapi kita benar kereta mereka masuk ke negara kita.
“Apa yang terjadi ialah industri tempatan kita mati. Kita terpaksa bergantung pada FDI (pelaburan langsung asing),” ujarnya pada Bicara Pimpinan Anak Muda Bersama Tun M semalam.
Bekas Perdana Menteri itu berpendapat, polisi FDI di bawah kerajaan pada masa ini yang mengabaikan sektor tenaga pekerja tempatan pula bercanggah dengan praktik yang diamalkan sebelum ini.
“Dulu FDI bermakna bawa masuk modal dan teknologi, dirikan kilang, keluar barangan untuk tempatan dan ekspot. Itu dasar FDI.
“Sekarang ditafsirkan FDI sebagai membawa masuk wang, membeli tanah untuk mendirikan bandar seperti Forest City.
“Bandar itu bukan untuk kita tetapi untuk orang asing tinggal di sini. Itu bukan FDI kerana pekerja tidak menggunakan pekerja kita. Mereka (China) menggunakan pekerja mereka,” jelasnya ketika menjawab soalan wakil NGO Demi Malaysia, Young Syefura Othman.
Terdahulu Shefura yang juga Penolong Setiausaha Wanita DAP Kebangsaan memaklumkan angka pengangguran anak muda tinggi pada kadar 10.7 peratus dengan peratusan graduan sains dan teknikal menganggur lebih tinggi mencecah 20 peratus.
Tegas Tun Mahathir lagi, Malaysia malahan tidak menerima manfaat daripada projek Forest City seluas 1,370 hektar itu apabila diisytihar sebagai kawasan bebas cukai.
“Bangunan itu juga untuk mereka dan kita tidak mendapat apa-apa. Bahkan, saya mendapati kawasan Forest City diberi ‘duty free’, tidak dikenakan cukai.
“Kita dapat apa? Kereta tidak boleh (masuk), jurutera kita pun mereka tidak mahu,” ujarnya dalam forum yang dimoderatorkan penganalisis politik, Dr. Maszlee Malik.
Pinjam dari China
Turut menggunakan contoh projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL), Tun Mahathir menganggap projek yang mencecah kos sebanyak RM55 bilion itu juga tidak mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan.
“Duit pinjam pada China. Kontrak bagi pada kerajaan China sebab salah satu daripada terma pinjaman, kontrak diberi kepada syarikat China.
“Syarikat China ini pula bawa pekerja mereka bukan pekerja kita. Jadi apa kita dapat? Tidak dapat apa-apa,” katanya.
Sehubungan itu, calon Perdana Menteri Pakatan Harapan berkenaan menegaskan pentingnya industri tempatan dilindungi sekali gus menjamin peluang pekerjaan kepada rakyat seperti diamalkan negara-negara maju lain.
“Kita perlu pertahankan industri kita. Korea pun pertahan industri dia. Kalau di Korea, Jepun tiada kereta asing sebab mereka tahan.
“Kereta Proton tidak boleh jual di China, Jepun dan Jerman tetapi kereta Jepun, Jerman, Korea, semua masuk (Malaysia). Itu tidak adil.
“Ini jual Proton pada China pun tidak boleh masuk China cuma boleh jual di Indonesia dan Thailand.
“Apa untung kita? Ini semua bergantung pada dasar kerajaan. Kalau kerajaan nak galak mewujudkan peluang pekerjaan, kita mesti ada satu perlindungan ke atas industri kita,” ujarnya.
Sebaliknya, beliau berkata, FDI perlu dipastikan menggunakan tenaga kerja tempatan tidak seperti pada masa ini yang menyaksikan banyak pihak berkaitan industri Proton hilang sumber pendapatan.
“Kalau orang asing bawa modal dan teknologi dia mesti guna tenaga kita, barulah jurutera kita mendapat kerja. Hari ini tidak ada.
“Bahkan, Proton telah dijual kepada syarikat China. Ramai jurutera, vendor buat ‘part’ Proton pun sudah berhenti. Ini bukan cara untuk mencipta peluang pekerjaan.
“Sekarang ini, kereta dari China masuk dengan begitu mudah. Inilah sebabnya graduan tiada (kerja).
“Sebab itu, kita menerima hakikat kita baru mula. Kita perlu pada perlindungan. Kalau kita malu sangat untuk melindungi diri kita, kita akan gagal,” tambahnya lagi.
MD.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena