Tuesday, 6 February 2018

[Video Rafizi, bekas kerani bank dihukum 30 bulan penjara] Bocor akaun NFC-Rafizi dan Johari didapati bersalah.

Rabu, 7 Februari 2018

Bocor akaun NFC: Rafizi, Johari dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan

Rafizi dan Johari didapati bersalah kerana membocorkan akaun NFC.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Johari Mohamad dijatuhkan hukuman penjara 30 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dakwaan melanggar Akta Bank dan Intitusi Kewangan kerana membocorkan akaun National Feedlot Corporation (NFC).

Hakim Mahkamah Sesyen, Zamri Bakar berkata, pendakwa telah berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan yang munasabah.

“Pada analisa maksima, mahkamah mendapat pihak pembelaan gagal membangkitkan sebarang keraguan, bermakna pendakwa berjaya membuktikan kesnya tanpa keraguan munasabah,” kata hakim Zamri ketika membacakan keputusan itu.
Namun begitu pelaksanaan kepada hukuman ini ditangguh untuk membolehkan mereka membuat rayuan.
Dalam kes berkenaan Rafizi Ramli dan Johari Mohamad (bekas kerani Public Bank) dituduh membocorkan maklumat kewangan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil dan beberapa syarikat milik mereka.
Dakwaan dibuat di bawah Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA).
Hukuman maksimum di bawah akta tersebut ialah penjara 3 tahun, atau denda RM3 juta atau kedua-duanya sekali.
Menurut Rafizi dalam kenyataannya semalam, jika dijatuhkan hukuman bersalah, ada beberapa kemungkinan hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau:
1) Penjara (lebih setahun) tetapi dibenarkan “stay of execution” dan tidak berjalan sehingga selesai proses rayuan.
2) Penjara (lebih setahun) dan tidak dibenarkan “stay of execution”, maka hukuman penjara berjalan serta-merta.
3) Penjara (lebih setahun) dan denda (mungkin RM300,000 ke atas). Hukuman penjara dibenarkan “stay of execution”, tetapi denda perlu dibayar serta-merta.
 Malaysia Dateline.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena