Monday, 12 February 2018

[Video Samseng Umno 'BIADAP' Kecoh...Kit Siang dihalau] 'Kangkong Law!' Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar & akhirnya lembu masuk kondominium.

Isnin, 12 Februari 2018


Image may contain: 1 person, text

Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

Rafizi kena penjara, tapak projek NFC naik belukar

Pintu gerbang jalan masuk ke Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan yang kini terbiar dipenuhi semak samun. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Februari, 2018.

INDIVIDU yang mendedahkan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) sudahpun dikenakan hukuman penjara, namun tapak projek pembiakan lembu yang hebat itu  terbiar dipenuhi belukar dan rumput liar.
Tiada lembu dan pekerja ditemui di tapak NFC seluas 600 hektar di Gemas, Negeri Sembilan itu. Dana berjumlah RM250 juta juga lesap dalam projek yang dibiarkan mereput begitu sahaja.
Tiada siapa didapati bersalah atas kegagalan projek itu. Tetapi pada 7 Februari, Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, yang mendedahkan kegagalan NFC, dijatuhi hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan dokumen bank berkaitan projek itu.
Lawatan The Malaysian Insight baru-baru ini mendapati dua bangunan terbiar dan sebuah pondok pengawal usang di hujung jalan tanah, beberapa kilometer dari utama.
Ia terletak tidak jauh dari salah sebuah kem tentera paling moden di negara ini, Kem Syed Sirajuddin di jalan Gemas-Tampin.
Pintu gerbang di jalan ke tapak projek ini tertulis "Pusat Fidlot Nasional". Jalan berdebu itu membawa kepada penemuan pintu pagar berkunci. Struktur bangunan tinggal itu terletak dalam pagar ini.
Satu-satunya tanda kehidupan adalah rumput dan belukar yang melata dan bunyi cengkerik.
Seorang pekerja di ladang kelapa sawit berhampiran berkata, tempat itu tidak didiami sejak empat tahun lalu.
"Anda boleh melihat bangunan besar di mana salah satu daripadanya digunakan sebagai tempat untuk para pekerja. Papan tanda itu tidak begitu jelas jadi cuba cari tangki air," katanya kepada The Malaysian Insight.
"Tiada siapa tinggal di sana, tiada ternakan, tiada pekerja," kata lelaki yang tidak mahu namanya disiarkan.
Beliau tidak pasti ke mana perginya pekerja dan lembu di situ.
Lembu dan kondominium
Projek fidlot itu mensasarkan untuk membiakkan 8,000 ekor lembu menjelang 2010 tetapi pusat bernilai RM74 juta di Gemas hanya membiak 3,289 ekor lembu, atau 41% daripada sasaran, menurut laporan Ketua Audit Negara.
Projek itu sepatutnya memperkukuhkan bekalan makanan negara dan menurunkan import daging lembu.
Fidlot itu dikendalikan oleh NFC Corp, yang diketuai oleh Dr Mohamed Salleh Ismail, suami Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.
Syarikat itu juga menerima pinjaman mudah sebanyak RM250 juta daripada kerajaan semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.
Bangunan yang dahulunya digunakan sebagai rumah pekerja kini terbiar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Februari, 2018.
Bangunan yang dahulunya digunakan sebagai rumah pekerja kini terbiar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 11 Februari, 2018.
Pada 2011, Rafizi mendedahkan pembelian unit kondominium mewah oleh syarikat penternakan nasional itu.
Salleh didakwa dengan empat tuduhan menyalahgunakan sejumlah RM49.7 juta daripada NFC pada tahun yang sama, tetapi kemudian dibebaskan daripada semua tuduhan.
Pada November 2016, Rafizi kalah saman fitnah dan diperintahkan membayar ganti rugi kepada Salleh dan NFC sebanyak RM200,000 kerana mendakwa pinjaman bank yang diambil oleh syarikat itu digunakan untuk membeli sebuah kondominium.
Pada Februari7, Rafizi dan bekas kerani Public Bank Johari Mohamad pada Rabu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Mereka didapati melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (Bafia) apabila membocorkan maklumat akaun yang berkaitan dengan NFC.
Selepas skandal itu menjadi tajuk utama negara, NFC Corp mengumumkan pada awal 2013 yang Kirimitonas Agro Sdn Bhd akan mengambil alih projek itu, termasuk liabiliti termasuk pinjaman RM250 juta daripada kerajaan.
Kirimitonas Agro adalah syarikat usaha sama antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Co. Hannan adalah pengendali lembu kedua terbesar di Jepun yang mengkhususkan dalam pengeluaran daging lembu "waghyu".
Bagaimanapun, dalam jawapan bertulis Parlimen pada 2013, Perdana Menteri Najib Razak pada 2013 berkata perjanjian itu dibatalkan kerana kerajaan dan Kirimitonas gagal mencapai persetujuan.
Kirimitonas masih wujud dan pengarahnya adalah dua lelaki warga Jepun serta dua rakyat Malaysia, Nik Mod Amin dan Za'ba Hasrin.
Penyata kewangan terakhir syarikat yang difailkan adalah pada 2016, menurut semakan dengan Suruhanjaya Syarikat.
The Malaysian Insight cuba menghubungi Nik Mod, yang kini berada di luar negara.
Mengikut kenyataan media masa lalu, kerajaan Negeri Sembilan berkata ia sedang dalam proses mengambil balik tanah yang dipajaknya kepada NFC.
Pada 2014, Menteri Besar Mohamad Hasan memberitahu sidang dewan undangan negeri bahawa tapak seluas 607.5 hektar itu dipajak ke NFC pada 2007 melalui Menteri Besar Incorporated (MBI)
Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu berkata, kerajaan negeri merancang untuk menempatkan 10 pembiak lembu dan kambing di ladang tersebut, yang akan berkongsi dan menguruskan kemudahan yang ada di situ.
Bagaimanapun, lawatan The Malaysian Insight tidak menemui bukti wujudnya sebarang aktiviti. – 11 Februari, 2018.
The Malaysian Insight



0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena