Monday 4 March 2019

[Video Dana RM90 juta: Tiga, termasuk bos KTMB ke SPRM] Hangpa memang kaki U-turn..Tarik balik lepas tu deal dlm kelambu bayaq berjuta2.

Selasa, 5 Mac 2019
Image may contain: 1 person, text
Kalu ambik tindakan undang2 pun, hangpa memang kaki U-turn.Tarik balik lepas tu deal dlm kelambu bayaq berjuta2. Walaun juga yang hangpa kerah suruh isi tin milo. Tau dah perangai hangpa Pak Lebai oiiiii... 

Dana RM90 juta: Tiga, termasuk bos KTMB ke SPRM

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB), Rameli Musa adalah antara tiga individu yang hari ini diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung dana RM90 juta daripada Umno yang diberikan kepada PAS.
Dua lagi individu berkenaan ialah bekas Adun PAS Selangor Zaidy Talib dan seorang kakitangan pejabat parti itu.
Rameli dilaporkan tiba pada jam 9.55 pagi dengan menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam manakala Zaidy yang juga adalah bekas exco kerajaan negeri Selangor dan yang dipertua PAS Selayang tiba bersama seorang kakitangan pejabat parti itu pada jam 10 pagi.
SPRM dilaporkan melancarkan siasatan awal bulan ini berhubung dakwaan bahawa Umno membayar RM90 juta kepada beberapa pemimpin PAS untuk mendapatkan sokongan mereka menjelang pilihan raya umum lalu.
Beberapa pemimpin PAS, termasuk Murshidul Am PAS Hashim Jasin, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Anggota jawatankuasa pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz, dan bekas timbalan presiden parti itu, Nasharudin Mat Isa tidak terlepas daripada siasatan dan kenyataan mereka telah dirakamkan.
Siasatan adalah mengikut Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Bagaimanapun, pemimpin PAS menafikan semua tuduhan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena