Monday 1 April 2019

[Video AKHIRNYA NAJIB DIBICARAKAN] Masalah tanah masjid mendap lebih 10 tahun? Apa Umno/Gerakan/BN buat! Nasib baik DAP yang beri bantuan segera. Hidup PH! Mohd Nor calon bebas Rantau sudah dipecat daripada Amanah.

Selasa, 2 April 2019
Jom Channel
Mahkamah Persekutuan mengenepikan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak, menangguhkan perbicaraan kes pecah amanah dan salahguna kedudukan membabitkan syarikat SRC International Sdn Bhd. Keputusan itu dibuat sebulat suara panel tujuh Hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum selepas mendengar hujah Peguam Negara, Tommy Thomas, dan peguam Najib, Harvinderjit Singh.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, teks
Masalah tanah Masjid mendap lebih 10 tahun, BN hanya tahu cakap kosong tapi tidak selesaikan masalah Masjid. Nasib baik DAP yang beri bantuan segera. Hidup PH!

Mungkin ini rancangan untuk cemar imej Amanah

Pengerusi Amanah Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar mendakwa tindakan Mohd Nor Yasin menyertai parti itu "di saat akhir" dan menjadi calon Bebas dalam PRK Rantau sudah dirancang awal untuk mencemarkan imej Amanah dan Pakatan Harapan (PH). 
"Seperti orang lain dia juga diterima sebagai ahli. Bukannya dia ada jawatan dalam Amanah. Mungkin dia sudah ada rancangan dari awal nak mengambil kesempatan dalam PRK ini.
"Mungkin ada orang tertentu bersama dengan dia untuk merosakkan nama PH dan Amanah," katanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan, Bandar Ekar, Rantau, hari ini.
Zulekfly berkata Mohd Nor sudah dipecat daripada Amanah dan parti itu juga akan mengambil tindakan sama terhadap mana-mana anggota parti yang didapati terlibat membantu dan memberi sokongan kepadanya.
Nor Yasin, 66, membuat kejutan apabila menjadi calon Bebas di PRK Rantau yang akan diadakan pada 13 April ini.
Beliau yang merupakan bekas pensyarah pernah menjadi calon PAS di kerusi Parlimen Gemencheh pada 2013 dan ketika hari penamaan calon 30 Mac lalu berkata masih menganggotai parti itu.
Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan bagaimanapun berkata Mohd Nor tidak lagi menjadi ahli PAS dan sudah menyertai Amanah pada 10 Mac lalu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena