Wednesday 3 April 2019

[Video Budaya FITNAH pembangang! Inilah buktinya-Guan Eng kemuka bukti kepada Wee Ka Siong MCA] Genap 10 tahun, 3 April 2009 angkat sumpah! 3 April 2019 mula perbicaraan.

Rabu, 3 April 2019
KiniTV
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membekalkan surat yang menunjukkan tawaran pembelian Bangunan Malaysia di Hong Kong pada harga RM1.68 bilion. Ini selepas Presiden MCA, Wee Ka Siong mendakwa tawaran sebenar adalah HK$1.6 bilion dan menyatakan keyakinan Lim tidak akan berani membuktikan ia adalah RM1.6 bilion. "Saya kesal dakawaannya bahawa saya tidak boleh bezakan antara ringgit dan dolar Hong Kong, ini adalah fitnah jahat, malah dia minta saya untuk meletakkan jawatan. "Sekarang, saya meminta dia pula untuk letak jawatan kerana membuat tuduhan tidak berasas. Dia meneruskan budaya fitnah oleh pembangkang. "PAS dan Umno telah berkata tidak salah untuk berbohong dan nampaknya MCA sedang dijangkiti," kata Lim pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini. Bangunan Malaysia di Hong Kong mula mendapat perhatian ramai apabila bekas perdana menteri Najib Razak menuduh Putrajaya menjual aset negara. Walau bagaimanapun, Lim kemudian mendedahkan jualan itu telah diluluskan oleh kerajaan sebelum ini semasa di bawah pentadbiran Najib pada harga RM1.1 bilion melalui rundingan terus. Kerajaan baru kemudiannya dilaporkan telah campur tangan dan mengadakan tender terbuka, dan menerima tawaran setinggi RM1.68 bilion. Menurut surat yang dikeluarkan oleh Lim, tawaran RM1.68 bilion itu dibuat pada 20 Januari lalu.
Imej mungkin mengandungi: teks
Genap 10 tahun. 3 April 2009 angkat sumpah. 3 April 2019 mula perbicaraan.
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang berdiri dan kasut
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, duduk dan kasut
Otai BERSIH
Pada tarikh yang sama 10 tahun lalu, beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam menggantikan Tun Abdullah Badawi dan hari ini Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dihadapkan ke mahkamah.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena