Saturday 6 April 2019

[Video MISI mencari ACAP "Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami"] Speaker DUN ungkit dakwaan skandal Tok Mat pindah RM10 joterr ke London...Siapa kata Tok Mat bersih? Saya buat laporan polis dan SPRM.

Ahad, 7 April 2019

MISI MENCARI ACAP - "Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami..." Sambungan daripada video ketika dalam perjalanan menuju ke Gua dimana dikatakan ibunya bermimpi bahawa acap berada di sekitar gua ini..dengan izin Allah kami dapat turun di sekitar gua ini dan kami melakukan solat hajat, bacaan yasin dan berzikir di hadapan pintu gua ini. Setelah selesai bermunajat kepada Allah..kami terus mencari di sekitar sungai di lereng gua bagi mencari mangsa yang hilang..setelah 2 jam kami buat keputusan untuk teruskan perjalanan mencari di dalam gua hingga ke hujung gua yang penuh dengan air mengalir paras kaki. Pencarian kami bermula jam 12 mlm hingga jam 5 pagi. Tiada sebarang petunjuk di jumpai. Kami amat sedih kerana terdengar suara acap menyahut panggilan kami seperti dia tidak bermaya kami terus mencari sehingga hujung gua dan tidak dapat masok ke dlm lagi kerana air semakin meningkat naik. Dalam perjalanan itu pelbagai suara2 aneh serta penampakkan dan gangguan2 terlihat jelas dengan mata kasar yang menganggu Team Nur Zikir. Pengasas perubatan islam Nur Zikir( Muhamad Faridzuan) berkata akan meneruskan lagi pencarian di hari lain dan akan membawa lebih ramai ahli turut serta untuk solat hajat bacaan yasin sebelom memulakan pencarian di lokasi yang lain. Sama2 kita mendoakan semoga di permudahkan urusan serta (acap) dapat di temui dengan keadaan selamat insyaAllah Amiin. Kredit: Perubatan Islam Nur Zikir

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, teks

Speaker DUN ungkit dakwaan skandal Tok Mat pindah RM10j

Yang Dipertua DUN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar mengungkit skandal RM10juta lebih sedekad lalu yang didakwa melibatkan calon BN Mohamad Hasan.
Bercakap pada majlis ceramah di Taman Kelab Tunku malam tadi, Zulkefly mempersoalkan kenapa SPRM masih belum mengambil tindakan terhadap Mohamad mengenai dakwaan kes pemindahan duit membabitkan pengurup wang.
"Siapa kata dia orang bersih?
"Saya buat laporan polis, dan saya juga buat laporan SPRM kerana Mohamad Hasan masa itu bawa duit guna money changer, pengurup wang.
"Tapi sampai sekarang tak kena tahan. Nanti saya akan jumpa SPRM (tanya) kenapa tak tangkap dia?" Soalnya.
Zulkefly merujuk kes pada 2008 yang mana Mohamad didakwa melanggar undang-undang perbankan dengan memindahkan RM10 juta ke London melalui pengurup wang.
Walau bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara di bawah pemerintahan BN tidak mengambil tindakan terhadap Mohamad.
"AGC telah meneliti butiran penyiasatan itu. RM10 juta itu bukan hasil rasuah,"
"AGC berpendapat lebih sesuai tindakan diambil terhadap pengurup wang itu," jelas menteri undang-undang ketika itu, Nancy Shukri dipetik Malay Mail berkata dalam jawapan parlimen 2013.
Pada masa lalu, Mohamad telah menafikan sebarang salah laku dalam perkara itu.
Kes tersebut pertama kali disorot apabila Bank Negara melancarkan siasatan terhadap pengurup wang yang beroperasi secara tidak sah pada tahun 2009.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena