Thursday 11 April 2019

[Video Dewan Rakyat LU APA HAL? AWAK ANAK MENTERI KE?] Satu lagi 'Noh Omar' & Perdaya presiden: Siapa 2 lagi pemimpin Pas?

Khamis, 11 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Perdaya presiden: Siapa 2 lagi pemimpin Pas
Perdaya presiden: Siapa 2 lagi pemimpin Pas?
Siapakah dua lagi orang berpengaruh dalam Pas yang telah gagal memberikan maklumat yang sebenar kepada presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga beliau terpaksa ‘menipu’ dalam kes bayaran RM1.4 juta kepada Sarawak Report.
Ini berikutan laporan Malaysia Dateline dan Malaysiakini bahawa lima pemimpin Pas telah terlibat dalam rundingan dengan tokoh korporat yang dermawan Datuk Rameli Musa untuk membolehkan beliau mendahulukan bayaran itu kepada pengarang Sarawak Report, Claire Recastle Browm.
Malaysiakini telah mendedahkan tiga pemimpin Pas yang terlibat iaitu Setiausaha Agung Datuk Takiyudin Hassan, peguam yang juga AJK Pas Pusat Wan Rohimi Wan Daud dan bekas setiausaha politik Hadi yang juga Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Shamsury Mokhtar.
Kini banyak pihak tertanya-tanya, siapakah dua lagi pemimpin Pas yang terlibat memberikan gambaran yang tidak betul kepada Hadi itu.
Sebelum ini, Hadi ketika bercakap kepada media berkata, beliau atau Pas tidak membuat sebarang bayaran kepada Claire selepas Pengarang Sarawak Report itu berkata, beliau menerima wang RM1.4 juta dari Hadi melalui Rameli Musa.
Claire mendakwa, peguam beliau menerima sekeping cek bayaran itu bagi membolehkan beliau bersetuju untuk membolehkan Hadi menarik balik samannya di London itu.
Menurut laporan, lima pemimpin Pas telah menjadi orang tengah untuk menyelesaikan isu saman antara Hadi dengan Claire.
Hadi membuat keputusan untuk menarik balik samannya terhadap Sarawak Report itu. Claire pula bersetuju tetapi dengan syarat kos guaman yang telah beliau tanggung akibat saman itu diselesaikan oleh Pas.
Dalam perbincangan itu, Claire setuju agar RM1.4 juta dibayar kepada beliau.
Lima pemimpin Pas itu terlibat berunding dengan Rameli Musa untuk membolehkan beliau mendahulukan bayaran itu dan bayaran balik akan dibuat oleh Pas kepada Rameli.
Namun apabila penarikan balik kes itu selesai, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau mempunyai maklumat Hadi membayar RM1.4 juta kepada Claire untuk membolehakn kes itu ditarik balik.
Claire pula dalam satu tulisannya di Sarawak Report mengesahkan mengenainya dengan menunjukkan salinan cek dan nombor cek itu.
Namun Hadi menafikan beliau atau Pas ada membuat sebarang bayaran kepada Claire.
Menurut Malaysiakini, Takiyuddin Hassan mengakui beliau antara pihak yang berbincang dengan tokoh korporat Rameli Musa berkaitan kes saman presidennya Hadi Awang dan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di United Kingdom.
Bagaimanapun, kata setiausaha agung Pas itu, beliau hanya terlibat dalam perbincangan umum dan tidak tahu menahu berkaitan dakwaan Rameli membayar RM1.4 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan saman itu.
“No, no, no, tak ada. Tak bincang tentang pembayaran dan tak pernah bincang,” katanya ditanya sama ada pertemuannya dengan Rameli membincangkan soal bayaran itu.
“Adalah bincang mengenai Sarawak Report secara umum tetapi pembayaran, jumlah pembayaran, kaedah pembayaran tak ada (sentuh).
“Kalau ada dibincangkan pun saya tak tahu. Tetapi semasa kehadiran saya tidak ada dibincangkan.”
Berita penuh https://malaysiadateline.com/perdaya-presiden-siapa-2-lagi-pemimpin-pas-itu/

3 comments:

Unknown said...

Aku rasa ha ha ha hadi bukan diperdayakn. Tetapi dia mmg kaki penipu. Fatwa wajib bbohong dtg dr dia.

nick said...

PAS ni dipenuhi oleh sijahil yang dok menunjuk2 bila beribadat. Ibadatnya tu kurang lengkap dan lemah sebab jahil dan buat ikut semberono je sebab si jahil ni ibadatnya lebih kepada menunjuk2 dan lebih kepada nak dapat pujian manusia. Semua ini dapat kita lihat dalam pentadbiran PAS di Kelantan, Terengganu dan Kedah dulu. Bunyinya berdegar2 macam pemerintahan yang kononnya mirip zaman khalifah tapi perlaksanaannya lebih teruk dari UMNO BN yang kaki rasuah dan zalim tu.

So apabila melihat Islam, PAS tidak layak dijadikan contoh apatah lagi sebagai ikutan. Jika kita nak lihat pemerintahan yang mirip Islam, PAS tak masuk senarai pun.Maka jika kita lihat peribadi2 pemimpin2 PAS seperti Hadi dan Nik Abduh kita akan sedar mereka ni rupa dan bentuk macam keislaman tetapi tingkah laku dan percakapan serta matlamat mereka, lebih korup dan pentingkan keduniaan dari UMNO dan menjulang perkauman malah sekarang ni lebih perkauman dari BN.

Mutakhir kini dalam kes yang mengatakan Hadi diperdaya, janganlah kita yang terpedaya dengan usaha nak mensucikan Hadi kerana Hadi ni memang sebegitu perangainya dan takde sapa pun yang dok perdayakan dia. Dia ni adalah TOK PURU dan bukan Tok Guru. Tok Guru tak mengajar berbohong itu sebahagian dari ajaran Islam, hanya Tok Puru je yang ajar kebatilan dan bidaah tu!

Nick.
Cape Tiger.

نور said...

قُلِ الْحَقُ وَلَوْ كَانَ مَرَّا

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena