Monday, 8 April 2019

[Video Mukhriz Mahathir PRK Rantau] Statut Rom tak telan Raja2 Melayu..Orang Akademik Melayu pon PONING? Rakyat mahu Tun M bersikap tegas dan berpegang pada 'rule of law' tanpa mengira status penjenayah.

Selasa, 9 April 2019
Statut Rom tak telan Raja2 Melayu..
Depa nilah yang pergi adu domba pada orang selatan konon Statut Rom ini  mahu sekat kuasa raja. Pada hal statut rom hanya untuk pemerintah zalim.- f/bk / TS
Image may contain: 1 person, text
Dalam sejarah politik Malaysia hanya seorang mantan sultan Johor yang menimbulkan masalah kepada kerajaan kerana dia terlibat dalam kes jenayah. Akibatnya perlembagaan negara dipinda oleh Parlimen dan kekebalan sultan dihapuskan. Ini berlaku di era Dr Mahathir menjadi PM. Dalam berbagai rapat raksaksa yang dikenali sebagai 'Semarak' rakyat menyokong tindakan kerajaan yang menghapuskan kekebalan sultan demi memperjuangkan keadilan dan 'rule of law'. 

Sekiranya ada raja Melayu yang melakukan jenayah dia akan diheret ke pengadilan. Kerajaan sudah wujud Mahkamah Khas untuk mengadili kes-kes yang melibatkan raja-raja Melayu yang melakukan jenayah. Tetapi kaum kerabat dan keluarga mereka, sekiranya melakukan jenayah, akan diheret ke mahkamah biasa sahaja. 

Malaysia wajar menandatangani Statut Rom yang kini mempunyai 124 ahlinya. Mahkamah Jenayah Antarabangsa di Belana telah mengadili banyak bekas presiden, perdana menteri dan pemimpin-pemimpin yang melakukan penghapusan ethnik, jenayah perang, dan jenayah terhadap kemanusiaan. Memang ada penghapusan etnik Rohinya dan keganasan Yahudi terhadap rakyat Palestin yang tidak diadili oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa. 

Sebagai negara modern Malaysia mestilah menjadi keluarga Statut Rom untuk membuktikan kepada dunia bangsa dan kerajaan Malaysia mempunyai maruah, hargadiri, mengamalkan demokrasi, kebebasan hak asasi manusia. Jangan samakan kepimpinan Tun Mahathir dengan perompak kelas cakrawala Najib Razak dengan kabilah penyamun dan para koruptornya. Jangan ada pihak menangguk di air keruh atau menahan bubu di tempat genting, atau menjadi gunting dalam lipatan. Rakyat mahu Tun M bersikap tegas dan berpegang pada 'rule of law' tanpa mengira status penjenayah. - Yahaya Ismail / TS.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena