Tuesday 2 April 2019

[Video Perbicaraan kes Najib bermula, pengamal media penuhi mahkamah] #10YearsChallenge Najib Razak? Hari2 buat troll, last2 angkut Anugerah Troll Of The Year! Perbicaraan Najib ditetapkan petang ini, tapi mungkin ditangguh lagi.

Rabu, 3 April 2019
KiniTV
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan jenayah yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd pada jam 2 petang ini. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia bekas perdana menteri berada dalam kandang tertuduh dalam perbicaraan jenayah. Kebetulan, Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada tarikh hari ini, 10 tahun lalu. Najib, yang akan berusia 66 tahun pada Julai ini, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana RM42 juta SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. Beliau juga menghadapi tiga tuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana berkenaan. Najib sebelum ini meminta untuk dibicarakan terhadap semua pertuduhan terhadapnya tahun lalu. Selain tujuh pertuduhan yang dijangka dihadapi dalam perbicaraan hari ini, Najib juga menghadapi tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram sebanyak RM47 juta, yang juga dikaitkan dengan SRC International pada 8 Feb. Perbicaraan hari ini, jika diteruskan, akan diketuai Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dengan pendakwaan menyediakan tiga saksi. Ia dijangka bermula dengan Peguam Negara Tommy Thomas membacakan kenyataan pembukaan. Sebelas lagi yang menyertai pasukan pendakwaan adalah V Sithambaram, Manoj Kurup, Sulaiman Abdullah, Ishak Mohd Yusoff, Suhaimi Ibrahim, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan . Sementara itu, peguam bela terdiri daripada Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam utama, Harvinderjit Singh, Farhan Read, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Syahirah Hanapiah dan Wan Aizuddin Wan Mohammed.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Imej mungkin mengandungi: 1 orang
Hari-hari buat troll, last-last angkut Anugerah Troll Of The Year.
3 April 2009: Angkat sumpah PM ke-6
3 April 2019: Perbicaraan rasuah, seleweng wang, pengubahan wang haram, salahguna kuasa bermula

Perbicaraan Najib ditetapkan petang ini, tapi mungkin ditangguh lagi

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan jenayah yang dikaitkan dengan SRC International Sdn Bhd pada jam 2 petang ini.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Malaysia bekas perdana menteri berada dalam kandang tertuduh dalam perbicaraan jenayah. Kebetulan, Najib dilantik sebagai perdana menteri keenam Malaysia pada tarikh hari ini, 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, kemungkinan pihak peguam bela akan meminta penangguhan lagi kerana Mahkamah Persekutuan menetapkan esok untuk mendengar rayuan Najib agar mahkamah tertinggi itu menyemak semula keputusannya untuk tidak membenarkan penangguhan perbicaraan itu.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena