Sunday 7 April 2019

[Video Siri rompakan UMNO] Bung Bung ketua pun dah cabut, nak setia apa pula. Buduss! Siapa dalam LTAT, Cina ke Melayu?

Isnin, 8 April 2019
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks
Ketua pun dah cabut. Setia apa pula. Buduss

Umno Sabah yakin lebih 500 ribu ahlinya tetap setia, kata Bung Moktar

Umno Sabah yakin walaupun PPBM sudah melebarkan sayap ke negeri itu, tetapi lebih 500,000 ahlinya tetap akan kekal bersama parti Melayu itu.
Pengerusi Umno Sabah, Bung Mokhtar Radin berkata, ahli Umno di negeri itu tetap bertambah walaupun 8 bekas pemimpinnya keluar parti dan menyertai PPBM pada 15 Mac lalu.
FMT
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, teks

Siapa dalam LTAT, Cina ke Melayu?

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu sekali lagi mendakwa kerajaan terdahulu memanipulasi laporan audit tahunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) sehingga bayaran dividen lewat diumumkan.
Bagaimanapun, katanya pihak yang mengkritik kerajaan terus memainkan isu perkauman untuk menutup kelemahan tersebut.
"Siapa dalam (Lembaga) Tabung Angkatan Tentera? Melayu ke Cina? Siapa curi? Siapa tipu? Ini kamu curi, kamu rompak, kamu tuduh Cina.
"Sampai bila nak main politik macam tu? Macam kita tak ada maruah nak bela Melayu," katanya ketika berucap di hadapan lebih 150 hadirin di Kampung Mambau semalam sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau
Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH), Dr S Streram, Speaker DUN Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Omar dan Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Tahir.
Sehubungan itu Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu berkata Kementerian Pertahanan akan mengisytiharkan semula laporan audit LTAT bagi tahun 2018.
Sebelum ini Mohamad berkata pengumuman dividen LTAT masih belum dapat dibuat berikutan masalah akaun yang berpunca daripada pentadbiran kerajaan lalu.
Ini selepas bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan isu kelewatan dividen dan bonus LTAT serta Lembaga Tabung Haji (TH).
Sementara itu, Mohamad turut mendakwa TH 'hampir bankrap' namun kini diselamatkan apabila kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM17.8 bilion kepada agensi itu bermula tahun depan.
"Siapa jadi Menteri kewangan, dia bertanggungjawab satu tahun kena masuk duit dalam TH sebanyak RM17 bilion. 
"Menteri kewangan (sekarang) bukan Najib," kata beliau.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Zukri Samat baru-baru ini berkata suntikan dana itu akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh 10 tahun atau sehingga sukuk diterbitkan ditebus semula susulan pemindahan aset TH kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urushartanah Jemaah Sdn Bhd (UJSB).
Zukri berkata bayaran pertama sebanyak RM500 juta akan dibuat pada tahun depan dan seterusnya sebanyak RM1.73 bilion setiap tahun selama sembilan tahun atau sehingga semua sukuk itu ditebus semula.
Pembangkang baru-baru ini mengkritik agihan hibah TH sebanyak 1.25 peratus yang merupakan kadar terendah dalam sejarah.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof menyalahkan pentadbiran TH lalu yang didakwa melakukan manipulasi akaun bagi membolehkan agihan tinggi hibah diumumkan.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena