Friday 16 September 2016

[Video] Melayu bising bila Mat Sabu bukak baju & Pelajar Pergigian di Mesir bingung, pengiktirafan pengajian ditarik balik.

Sabtu, 17 September 2016



Otai BERSIH

Pelajar Mesir bingung, pengiktirafan pengajian ditarik balik

Keputusan menarik balik pengiktirafan universiti menyukarkan pelajar sedia ada terutamanya pelajar tahun terakhir untuk menamatkan pengajian mereka.
Datuk-Sirajuddin-Salleh
PETALING JAYA: Seramai 100 pelajar pergigian di Universiti Assiut, Mesir bingung selepas Majlis Pergigian Malaysia (MDC) menarik balik pengikftirafan universiti dalam pengajian bidang tersebut.
Mereka tidak berpuas hati apabila keputusan itu dibuat secara mengejut tanpa perbincangan dengan pelajar selain dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Pengerusi Biro Pendidikan Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh berkata keputusan itu agak terburu-buru dan meletakkan masa depan pelajar terbabit dalam keadaaan tidak pasti.
“Keputusan menarik balik pengiktirafan universiti menyukarkan pelajar sedia ada terutamanya pelajar tahun terakhir untuk menamatkan pengajian mereka.
“Manakala seramai 15 pelajar daripada mereka yang dibiayai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhadapan risiko penarikan biasiswa dan berdepan dengan penambahan jangka masa pembelajaran apabila terpaksa berpindah ke universiti lain yang diiktiraf,” katanya dalam satu sidang media berkaitan isu pelajar Malaysia di Mesir di Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).
Sirajuddin berkata demikian setelah mengadakan perbincangan selama 2 jam bersama 7 pelajar yang terkesan dengan tindakan itu.
Pada 6 September lalu, bahagian Pendidikan Kedutaan Besar Malaysia di Mesir memaklumkan penarikan itu di laman Facebooknya.
MDC membuat penarikan balik pengiktirafan kursus pengajian tersebut di Universiti Assiut semasa mesyuarat ke-114 mereka pada 1 Jun 2016.
Seramai 15 orang menerima biasiswa JPA dan 85 orang lagi membiayai sendiri pengajian mereka.
Sirajuddin juga berkata penarikan pengiktirafan pengajian universiti itu memberi kesukaran kepada pelajar sedia ada atau pelajar baharu memohon biasiswa memandangkan syarat utama memohon biasiswa ialah mesti belajar di universiti yang mengiktiraf pengajian itu.
Justeru itu, Sirajuddin turut menggesa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan MPM melihat semula penarikan pengiktirafan pengajian dengan Universiti Assiut yang merupakan antara universiti yang terbaik di Mesir dan diiktiraf oleh Organisasi Kesihatan Sedunia.
Sementara itu, Ketua Pelajar di Universiti Assiut, Mohamad Hadi Saharuddin meminta universiti dan pihak yang bertanggungjawab menjelaskan sebab utama penarikan itu.
“Kami tidak mahu pengajian selama ini sia-sia.
“Saya berharap pengiktirafan ini dapat dikekalkan kerana universiti ini merupakan terbaik dengan yuran dan kos sara hidup yang rendah. Isu ini harus diselesaikan dengan segera kerana kami akan masuk semula belajar selepas cuti semester bulan depan,” katanya.
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena