Thursday 15 September 2016

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ NEGARA HILANG SEBUTIR LAGI PERMATA BERHARGA

Jumaat, 16 September 2016
Innalillahi Wainna Ilaihi Rojiun.
Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'afie Wa'fuanhu.
3 jam
Assalamualaikum.
Sesungguhnya Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din telah kembali ke rahmatullah.Semoga Allah mengurniakan keampunan, kerahmatan dan nikmat syurga yang kekal abadi.

Khamis, 07.05pm
Waktu SFO, California, USA.

Dr Haron Din: Kehilangan besar dalam gerakan dakwah

Mohamad Sabu

Presiden Amanah, Mohamad Sabu menyifatkan pemergian Datuk Dr  Haron Din ke rahmatullah sebagai satu kehilangan besar dalam gerakan dakwah di negara ini.

"Allahyarham menemui Pencipta pada Penghulu Segala Hari. Bagi Amanah, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar pada gerakan dakwah di negara ini malah pada seluruh rakyat Malaysia umumnya.
"Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Menurut beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pemergian Pengerusi Majlis Syura Ulamak Pas itu turut dirasai oleh kalangan ahli Amanah.
TAKZIAH BUAT KELUARGA DATO DR HARON DIN, NEGARA HILANG SEBUTIR LAGI PERMATA BERHARGA
Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Dato' Dr Haron Din yang dilaporkan telah kembali menghadap pencipta pada Jumaat penghulu segala hari, hari ini.
Bagi AMANAH, pemergian Allahyarham satu kehilangan besar bukan sahaja buat gerakan dakwah negara ini, malah juga seluruh rakyat Malaysia umumnya.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak berjasa kepada masyarakat khususnya dalam aspek dakwah dan bidang perubatan alternatif.
Walaupun berbeza dari sudut pendekatan dan parti politik sekarang ini, saya percaya seluruh ahli AMANAH juga atas nilai karamah insaniah dan persaudaraan Islam, turut merasai kehilangan Allahyarham.
Apatalah lagi, ramai di antara kami pernah bersama lama dalam satu wadah sebelum ini.
Semoga ahli keluarga Allahyarham bersabar di atas ujian ini dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
Harapan baru
MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara
16 September 2016


INNA LILLAHI... Murshidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang sedang mendapatkan rawatan di Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat dilaporkan telah kembali ke rahmatullah.
Laporan awal dari sumber twitter Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa bahawa Haron Din telah menghembuskan nafas terakhir disana.
Allahyarham yang sedang menjalani rawatan rapi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford, San Francisco, California, Amerika Syarikat, berada didalam kritikal selepas mengalami serangan jantung.
Sebelum Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani melalui laman media sosialnya memaklumkan pihak hospital telah mengesahkan keadaan semasa Datuk Dr Haron Din pada jam 5 pagi tadi (waktu California) dan telah meminta seluruh ahli keluarga Mursyidul Am PAS berkenaan hadir secepat mungkin ke ICU terbabit.
Datuk Dr Haron Din pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) berikutan masalah jantung yang beliau hadapi.
Semoga Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan golongan orang-orang yang soleh..
~ AL-FATIHAH ~
AL FATIHAH
Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena