Thursday 15 September 2016

Rafizi melancarkan 'Sukarelawan singkir Najib' #Malaysiatakperlukanhero.

Jumaat, 16 September 2016
Undi poster mana yang paling cantik untuk kempen #KAU#MalaysiaTakPerlukanHero oleh INVOKE Malaysia. Di ruang komen, tulis#A atau #B atau #C atau #D untuk pilihan anda.
Sebarkan dengan SHARE.
INVOKE adalah gerakan sukarelawan anak muda yang memberi ruang kepada semua rakyat Malaysia yang mahukan perubahan menyumbang tanpa perlu melalui jalan parti. Saya akan melancarkan satu projek baru yang dipanggil #projekBuangNajib minggu depan dengan mesej yang paling utama: #KAU #MalaysiaTakPerlukanHero
Nantikan maklumat lanjut.
Sukarelawan singkir Najib
Sementara itu, pada sidang media sama, Rafizi turut melancarkan kempen #KAU #Malaysiatakperlukanhero yang dikendalikan oleh sebuah badan NGO yang dikenali sebagai INVOKE.
Menurut Rafizi, NGO berkenaan merupakan satu badan yang tidak memilih parti bagi menjalankan kerja-kerja terhadap mana-mana calon yang mempunyai prinsip untuk menukar kerajaan dan kepimpinan negara.
Tambahnya, badan itu juga akan memberi ruang kepada rakyat Malaysia yang tidak gemarkan politik kepartian tetapi mahu menyumbang kepada usaha menukar kerajaan dan kepimpinan negara.
Menurutnya, sukarelawan daripada NGO berkenaan juga akan memfokuskan kerusi parlimen marginal selain membantu mana-mana calon yang dilihat mempunyai peluang besar menewaskan parti lawan pada pilihan raya ke-14.
"Satu komponen yang penting untuk menukar keadaan politik dan ekonomi negara ialah menggembleng kuasa rakyat untuk menggerakkan sebarang usaha menukar kepimpinan negara.
"Dengan cara ini usaha menukar (perdana menteri) Datuk Seri Najib (Razak) dan kerajaan tidak diserahkan bulat-bulat kepada parti politik.
"Sukarelawan ini akan membantu semua calon tak kira dari parti PKR, AMANAH, PAS atau Umno asalkan calon itu mempunyai prinsip sama dengan NGO," katanya lagi.
Maklumat lanjut mengenai INVOKE boleh didapati di www.invokemalaysia.org atau laman Facebook INVOKE Malaysia.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena