Thursday 15 September 2016

Al fatihah - Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

Jumaat, 16 September 2016

Berita sedih terkini;
Al fatihah
Salam Perjuangan buat semua.
Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin
إنا لله و إنا إليه راجعون
Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.
*Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat*


Mohon doa kalian..
Pada jam 5.00 pagi (SFO) hospital call. Minta keluarga datang hospital.
Tuan Guru Dato' Haron Din mempunyai komplikasi d jantung dan dimasukkan di ICU. Sekarang on heart support. 2 anak Tuan Guru bersama Doktor Sekarang. Keluarga yg lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon Doa kalian..jazakallah..
*sumber keluarga TGHD

Haron Din kritikal di Amerika Syarikat

Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din dilaporkan berada dalam kritikal selepas mengalami masalah jantung dan kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Stanford San Francisco, California, Amerika Syarikat.
Pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman Facebooknya memberitahu, pihak hospital meminta keluarga Haron segera datang ke unit tersebut pada jam 5 pagi (waktu tempatan).
"Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan di ICU. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang.
"Keluarga yang lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian," katanya.
Sementara itu, Nasruddin Hassan dalam kiriman Whatsapp memberitahu keluarga pemimpin PAS itu sedang menunggu keputusan doktor untuk memberhentikan peralatan sokongan hidup.
"Tunggu berita rasmi daripada TGHD. Kami pun masih menanti berita rasmi daripada mereka," katanya.
Dilaporkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung.
Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada.
Beliau sebelum ini menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital yang sama pada 2 April 2012.
Malaysiakini.

Dr Haron Din meninggal dunia

Mursyidul Am Pas Datuk Dr Haron Din,76, disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California pada jam10.10 pagi tadi waktu Malaysia.
Berita kematian Allahyarham Dr Haron dimaklumkan oleh ahli keluarganya kepada Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan pada jam 10.10 minit pagi ini.
"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford Universiti.
"Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni allahyarha Tuan Guru serta mengolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Ameen Ya Rabbal A'lamin" ujarnya menerusi whatapps.
Nasrudin juga berkata maklumat berkaitan urusan jenazah allahyarham juga akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Sementara itu anak bongsu Allahyarham, Hana turut mengesahkan ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.05 petang waktu California iaitu 10.05 pagi waktu Malaysia.
Dr Haron sebelum ini pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama pada 2 April 2012 dan pada Mac lalu beliau telah menjalani rawatan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Beliau dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Bohor Mali, Kangar, Perlis merupakan anak ke tiga daripada 10 orang adik beradik.
Dua orang saudara lelaki beliau juga tokoh agama yang disegani di negara ini Datuk Dr Abu Hassan Din Al Hafiz dan Ustaz Ishak Din.
Dr Haron meninggalkan seorang balu Datin Khadijah Salleh dan lima orang cahayamata.
Pada 12 Febuari lalu Dr Haron antara ketua kluster yang dilantik Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Majlis Perundingan Islam (MPI)
Dr Haron dilantik sebagai ketua kluster dakwah yang akan membawa cadangan kepada MPI untuk disepakati dan menyelaraskan perbincangan Umno-Pas akan kepentingan Melayu-Islam di masa depan.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena