Monday 19 September 2016

Mahkamah tolak reman bekas wartawan berikutan tweet kematian Mursyidul Am...'Isteri dakwa suami ditangkap tanpa waran'.

Selasa, 20 September 2016
haron-din-5-pillar-0003

Perjalanan akhir jenazah Haron Din ke tanah perkuburan Islam Five Pillars,...

 

Mahkamah tolak reman bekas wartawan berikutan tweet kematian Haron Din


Mahkamah menolak permohonan polis untuk menahan reman bekas wartawan Sidek Kamiso yang ditahan awal hari ini kerana didakwa menghina Islam atas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din.
"Mahkamah menafikan reman seperti yang diminta oleh pihak polis, jadi dia dengan jaminan polis, tetapi sekarang dia masih di balai polis.
"Dia belum dikeluarkan lagi, tetapi itulah apa yang kita telah diberitahu oleh polis," kata peguamnya, Siti Kasim kepada Malaysiakini hari ini.
Terdahulu Sidek dibawa ke Johor Bahru selepas ditahan awal pagi di rumahnya di Bandar Utama.
Isteri Sidek, Norlin Wan Musa, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dihubungi oleh pegawai polis dari Balai Polis Semarak kira-kira jam 10.30 pagi di mana suaminya ditahan.
"Saya diberitahu suami akan dibawa ke Johor Baru.
"Peguam Siti Kasim juga memberitahu saya dia bercakap dengan ASP Leong dari IPK Johor yang memberitahu bahawa polis akan membuat permohonan reman ke atasnya petang ini," kata Norlin.
Mengimbas kejadian itu, Norlin berkata, empat anggota polis mengetuk pintu rumah mereka pada kira-kira pukul 4.30 pagi.
"Kami memelihara anjing jadi saya tahu sesuatu tidak kena apabila anjing-anjing itu mula menyalak.
"Saya memandang keluar tingkap bilik tidur dan lihat sebuah van diletakkan di luar, dan empat lelaki memanjat pintu pagar rumah kami untuk masuk ke dalam," katanya.
"Suami saya cuba hubungi pengawal keselamatan di hujung jalan tetapi mereka tidak menjawab. Kami turun apabila mereka mengetuk pintu rumah.
"Suami saya berkali-kali meminta untuk melihat waran tangkap tetapi polis tu tak tunjukkannya. Salah seorang daripada mereka menunjukkan sepintas lalu seperti kad ID tetapi saya tak dapat lihat dengan jelas," katanya.
Norlin berkata, polis membawa suaminya selepas kira-kira satu jam dan merampas komputer riba serta telefon bimbit.
Tambahnya, beliau juga akan menuju ke Johor Bahru hari ini ditemani peguam Siti Kassim.
Ketika dihubungi, Siti mengesahkan beliau dilantik mewakili Sidek, bersama-sama dengan peguam Roger Chan.
"Kami faham bahawa beliau dibawa ke Johor kerana laporan polis dibuat di sana. Tetapi kita tidak tahu siapa yang membuatnya atau ia mengenai apa," katanya.
Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini enggan mendedahkan nama individu yang disiasat berhubung posting di Twitter dan Facebook, difahamkan Sidek adalah seorang daripada tiga individu yang ditahan.
Khalid pagi tadi berkata, dua lagi suspek adalah dari Shah Alam dan Ipoh.
Beliau juga berkata posting kedua-duanya dibuat berikutan kenyataan yang sama oleh Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi.
Malaysiakini.

Isteri dakwa suami ditangkap tanpa waran

ULASAN l Saya tidak lagi akan berdiam diri lagi. Selama ini saya menahan mengulas kerana bimbang terhadap apa yang akan berlaku kepada orang yang saya sayang, terutama anak-anak saya, jika tidak berbuat demikian.
Hari ini, kami secara kasar dikejutkan oleh anggota polis tanpa pakaian seragam pada jam 4:40 pagi apabila anjing menyalak tanpa henti. Dua lelaki melompat masuk ke rumah kami dan mengetuk pintu menuntut kami membukanya. Kami menghubungi pondok pengawal untuk memeriksa siapa yang berada di pintu kami tetapi panggilan tidak berjawab.
Mereka gagal mempamerkan waran tangkap walaupun berulang kali, suami saya meminta mereka berbuat demikian. Seorang lelaki menunjukkan kepada suami saya, Sidek Kamiso, apa yang saya andaikan sebagai kad ID polis. Tetapi lelaki itu menyimpannya sebaik sahaja saya mendekatinya.
Mereka datang dan merampas telefonnya, naik ke atas bilik tidur kami untuk melihat sekeliling dan kemudian berkeras mahu ke bilik anak-anak saya. Saya enggan membenarkannya dan memberitahu bahawa saya tidak akan membenarkan mereka untuk menakut-nakutkan anak-anak saya. Saya juga memberitahu bahawa anak-anak saya tidak mempunyai seberang kaitan. Saya kemudian meninjau keadaan anak-anak saya dan menenangkan mereka.
Lelaki berkenaan kemudian merampas laptop suami saya dan seorang lagi menyoal apa yang saya saya posting di FB saya? Saya cadangkan mereka membacanya sendiri. Dia menjawab dengan mengancam untuk mengheret saya ke balai polis. Beliau kemudian berkata dia hanya mahu menamatkan tugasnya dan pulang ke rumah untuk tidur. Saya menjawap, begitu juga dengan saya.
Seorang lelaki merakamkan gambar suami saya di bilik tidur kami dan juga gambar anjing kami. Saya menawarkan untuk membawa anjing itu keluar supaya dia boleh mengambil gambar yang lebih jelas tetapi dia enggan.
Adalah mengerikan apabila seseorang boleh datang dan menakut-nakutkan orang lain tanpa waran tangkap, di dalam rumah sendiri dan dibawa ke tempat lain.
Apa sudah terjadi dengan diri kita ini?
Saya perlukan bantuan untuk menarik perhatian. Saya tidak lagi akan berdiam diri. Saya tidak melihat apa-apa kesalahan berhubung tweetnya. Hanya kerana bahawa dia menulis tweet di Malaysia di mana kebebasan bersuara adalah sukar dicapai.
Saya telah diberitahu dia berada di Johor Bahru sekarang dan akan direman petang ini. Tetapi berita terbaru adalah mereka tidak pasti untuk menahannya di bawah undang-undang mana.
Pelukan dan kasih sayang kepada semua sokongan yang mencurah. Kamu tahu siapa diri kamu.
Kecuali kamu masih ada perasaan kasih sayang, tidak perllu bersusah payah untuk mengulas.

Tulisan ini pertama kali dimuat-naik di Facebook Norlin Wan Musaisteri kepada bekas wartawan Sidek Kamiso dalam bahasa Inggeris.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena