Friday, 16 September 2016

[Video] MAKAN DALAM!! ~ Cikgu Kamarul bantai Najib & Polis didesak segera tangkap Ali Tinju.

Sabtu, 17 September 2016

slide1

Ancam keselamatan Maria Chin, polis didesak segera tangkap Ali Tinju

KUALA LUMPUR, 15 SEP: Pihak polis didesak agar segera menyiasat Presiden Gerakan Merah, Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju, selepas beliau membuat kenyataan yang ditafsir ramai sebagai ancaman bunuh terhadap Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.
Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata tindakan Ali Tinju itu keterlaluan dan jelas dilakukan dengan niat jenayah, malah mempamerkan sikap angkuh kerana cuba mengugut Maria selepas beliau mengumumkan demonstrasi Bersih 5 akan berlangsung pada 19 November nanti.
Menurutnya, tunjuk perasaan yang dianjurkan Bersih 2.0 itu merupakan satu cara bagi rakyat membantah sikap sambil lewa kerajaan serta agensi-agensi awam dalam menyiasat skandal melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB.
“Demonstrasi jalanan adalah simbol demokrasi yang berfungsi serta diasaskan mengikut prinsip kebebasan bersuara dan berhimpun, justeru tidak ada sebab untuk Ali Tinju membuat ancaman bunuh disebabkan perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan.
Charles menjelaskan, beratus ribu rakyat hadir pada demonstrasi-demonstrasi Bersih sebelum ini kerana mereka mempunyai hak untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kepada kerajaan UMNO yang memerintah.
“Ali perlu faham bahawa dia tidak boleh menyekat hak rakyat hanya kerana dia tidak suka apa yang rakyat katakan,” ujarnya.
Ali yang juga bekas anggota tentera mengugut akan ‘menyerang hendap’ serta meminta Maria berwaspada atau beliau nanti ‘tidak akan berjalan di atas muka bumi’ seperti yang dilapor portal berita Free Malaysia Today semalam.
Malah, beliau berkata kumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman pengerusi kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu bagi menguatkan pinggul mereka. – Roketkini.com

0 comments:

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena