Tuesday 20 September 2016

[Video] Noh Omar jangan buat kelakar...'Pengundi kena bangun bantah persempadanan semula SPR'

Selasa, 20 September 2016

Mohon Noh Omar jangan buat kelakar, kalau betul-betul tak setuju dengan persempadanan semula, ayuh bersama Pakatan Harapan dan rakyat Malaysia nyatakan bantahan kepada SPR.

Persempadanan Semula: SPR bakal menangkan BN di Perak



img_1393
Cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihanraya akan memenangkan Kerajaan Negeri Perak untuk Barisan Nasional dalam PRU14.
DAP Perak telah membuat bacaan dan kajian teliti terhadap cadangan persempadanan semula SPR yang dikemukakan pada minggu lepas. Kami mendapati bahawa cadangan tersebut melibatkan gerrymandering yang amat serius, dengan satu-satunya tujuan untuk mengekalkan kuasa pemerintahan BN-UMNO di Negeri Perak.

Seandainya keputusan PRU13 sebagai garis panduan, cadangan persempadanan semula SPR akan memenangkan BN-UMNO di 2 kerusi yang sekarang disandang oleh parti pembangkang, iaitu kawasan Changkat Jering dan Sungai Rapat.
Dengan itu, BN bukan sahaja dapat mengekalkan 31 kerusi DUN yang sedia ada, tetapi pada masa yang sama juga memenangi kedua-dua kerusi Changkat Jering dan Sungai Rapat, seterusnya menjadikan kerusi majoriti BN meningkat dari 31 kerusi ke 33 kerusi.
Pada masa yang sama, daripada 4 kerusi marjinal yang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang paling tipis pada PRU13, iaitu Lubok Merbau (53 undi), Manjoi (132 undi), Manong (231 undi) dan Pasir Panjang (304 undi), 2 daripadanya telah terlibat dalam cadangan persempadanan semula oleh SPR ini.
Stimulasi keputusan PRU14 menunjukkan terdapat satu Daerah Mengundi (DM) (Kanthan Baru yang telah memberikan sokongan padu kepada PR-PAS pada PRU13) telah dikeluarkan dari kawasan Manjoi dan menyebabkan undi majoriti BN bertambah menjadi 1829 undi. Begitu juga dengan kawasan Pasir Panjang yang disandang oleh YB Dato Seri Mohd Nizar b Jamaluddin pada PRU12, stimulasi keputusan PRU14 menunjukkan bahawa majoriti BN akan melipat ganda dari 304 undi ke 684 undi.
Selain daripada mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN-UMNO, “magik” oleh SPR turut terlibat dalam serangan ke atas kerusi-kerusi DUN Parti Pembangkang yang dianggap sebagai kerusi yang mampu dimenangi oleh BN.
Di kawasan Tebing Tinggi (DAP – Ong Boon Piow), sejumlah 10,756 pengundi telah dipindah keluar dan 15,311 yang lain telah dipindah masuk. Stimulasi keputusan PRU14 menunjukkan bahawa majoriti penyandang akan jatuh dengan mendadak sebanyak 74%, dari 5,887 undi ke 1,560 undi sahaja.
Di kawasan Hutan Melintang (PKR – Kesavan), sejumlah 4814 pengundi telah dipindah keluar dan 2809 yang lain telah dipindah masuk. Stimulasi keputusan PRU14 menunjukkan majoriti penyandang akan berkurangan sebanyak 94%, dari 1,240 undi ke 81 undi sahaja!
Sebelum ini, Pakatan Harapan hanya memerlukan suatu “swing” 3% pengundi-pengundi Melayu di Negeri Perak untuk memenangi 6 kerusi tambahan, iaitu Manjoi, Pasir Panjang, Lubok Merbau, Manong, Kamunting dan Selama. Namun, dengan “magik” yang dimainkan oleh SPR sekarang, cabaran Pakatan Harapan sekarang telah menjadi lebih besar.
SPR yang sepatutnya menjadi pengadil (referee) dalam sesuatu perlawanan antara BN dengan Pembangkang, telahpun bertukar watak menjadi defender untuk kerusi-kerusi DUN BN dan penyerang (striker) di kerusi-kerusi Pembangkang. Kita harus ingat bahawa atas pemecahan sempadan pilihanraya yang tidak telus, Pakatan Rakyat yang memperolehi sokongan 55% undi popular telah dinafikan hak untuk membentuk Kerajaan di Negeri Perak. Kerajaan BN yang sekarang hanya memenangi 45% jumlah undi popular sahaja. Cadangan persempadanan semula pada hari ini akan menjadikan perkara ini lebih serius.
Fakta-fakta di atas jelas menunjukkan bahawa SPR bagaikan komponen parti ke-14 dalam BN. DAP Perak dengan ini menyeru supaya anak-anak Perak bangkit dalam PRU14 untuk menghukum BN yang telah mencabuli kebebasan dan memperalatkan SPR demi kemenangannya. – Roketkini.com
*Kenyataan Media Setiausaha DAP Negeri Perak merangkap ADUN Kawasan Canning

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena