Sunday 4 September 2016

Najib: "Tugu Negara sinonim dengan KL bertaraf 'global city'"...Mufti: Tugu Negara "bukan warisan kita" & Gesaan roboh patung helang Langkawi.

Ahad, 4 September 2016
SETELAH KUTIPAN GST LEBIH RM30 BILION berjaya dikutip, inilah yang bakal dihasilkan..

"Taman Tugu ini (Tugu Negara) sinonim dengan Kuala Lumpur yang bertaraf 'global city'" -Najib Razak

APA DAH JADI pada suara2 penasihat agama, mufti2 & 'ularmak' Umno yang 'makan gaji' KERAjaan UMNO/BN !!!

Mereka ini berkiblatkan siapa ?


Gantikan Tugu Negara, kata mufti

Malaysia tidak memerlukan Tugu Peringatan Negara kerana ia "mempunyai unsur-unsur keberhalaan" dan "bukan warisan kita", kata mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Ia (tugu itu) patut digantikan dengan perkara lain," katanya kepada Malaysiakini .
Beliau diminta mengulas sama ada monumen bersejarah itu wajar dirobohkan kerana didakwa mempunyai unsur-unsur keberhalaan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Jumaat lalu, mufti itu menyarankan perdana menteri atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di tugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.
dr asri mufti perlis blog comment on pak lah on hari pahlawan flower at national monument 040808Menulis di blognya bersama foto Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletakkan kalungan bunga (foto kiri) , Dr Mohd Asri berkata:
"Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.
"Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
"Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.
"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."
Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
mohd asri zainul abidin interview 231106 assuredDr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera.
"Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita? Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.
Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis.
"Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.
Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.
Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.
Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.
Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya.
Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.
Malaysiakini
Image result for Gambar patung helang langkawi


'Bincang majlis fatwa, PBT gesaan roboh patung helang'

Pihak Mufti Kedah akan berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa terlebih dahulu jika terdapat gesaan supaya tugu helang di Langkawi dirobohkan atas faktor haram dari sudut agama.
Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin berkata selepas perbincangan rasmi, perkara itu akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya tindakan susulan diambil.
“Kita belum lihat perkara ini tapi kalau ada (gesaan), kita akan bincang secara rasmi. Buat masa ini mufti tak kata apa lagi dan isu ini telah berlalu lama.
“Pihak kita akan buat perbincangan dengan majlis jawatankuasa fatwa terutamanya, di situlah kita lihat apa yang sesuai dan kita akan lihat apa yang patut untuk dikemukakan pada PBT,” katanya kepada Malaysiakini.
Marwazi berkata demikian ketika ditanya berhubung kenyataan Timbalan Mufti Perak Zamri Hashim bahawa memasang replika burung helang sebagai mercu tanda adalah haram kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup.
Beliau turut memetik hadis riwayat Ibnu Abbas mengenai larangan Nabi Muhammad terhadap pembinaan patung seumpama itu.
Zamri menjelaskan perkara itu selepas menerima surat rasmi daripada sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanya hukum membuat replika burung helang untuk tempat yang berkaitan dengan binatang itu.
Sementara itu Marwazi berkata, ketika pembinaan tugu tersebut dibina, pihak yang membuatnya tidak merujuk kepada Jabatan Agama Negeri Kedah terlebih dahulu.
“Ya, dari hukumnya haram semua sedia maklum cuma apabila dah jadi dan ketika pembinaan dulu pihak berkenaan tak merujuk pada pihak berkuasa agama jadi mereka buat juga.
“Sekarang ni kalau nak suruh buang kena ada rundingan dan tak boleh didedahkan pada umum nanti jadi cerita lain pula,” katanya.
Langkawi merupakan pusat tumpuan pelancongan yang antara tarikan utamanya ialah patung seekor helang yang bersedia untuk terbang di Dataran Lang berhampiran Jeti Kuah.
Menurut portal rasmi Majlis Perbandaran Langkawi, pusat peranginan itu memperolehi namanya daripada helang - dalam Bahasa Melayu Lama, kawi bermaksud perang kemerahan oleh itu, Langkawi bermaksud ‘Helang perang kemerahan'.
Bagaimanapun portal itu tidak menyatakan bilakah tugu ini dibina.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena