Friday 16 September 2016

Ali Tinju (merah/bekas tentera) ugut Maria (Bersih 2.0) tak jalan di bumi lagi...

Jumaat, 16 September 2016

Image result for Foto Bersih 5

Image result for Foto Bersih 5

Ali Tinju ugut Maria tak jalan di bumi lagi

 | September 14, 2016
Maria Chin bagaimanapun komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia
ali-tinju-maria-chin-1
PETALING JAYA: Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin perlu berwaspada atau beliau nanti “tidak akan berjalan di atas bumi”, kata pemimpin Gerakan Merah Ali Tinju.
Bekas anggota tentera itu, yang nama sebenarnya Mohd Ali Baharom, memberi amaran selepas Maria mengumumkan tunjuk perasaan Bersih 5 akan diadakan 19 November nanti.
“Kita akan serang hendap dia. Tengok masa. Saya tak kisah masuk penjara. 10 tahun pun tak kisah.
“Tunggu dan lihat. Dia tak akan rasa aman, walaupun pengawal peribadi 10 ke 20 orang, kita akan sebat.
“Dia kena ingat. Saya takut dia nanti tidak akan berjalan di atas bumi. Ini kata-kata bekas tentera.
“Jangan cabar kami. Nanti kami akan buatkan kaki dia ke atas, kepala dia ke bawah jalan,” katanya kepada FMT hari ini.
Sementara itu, Ali berkata kumpulannya mungkin akan menganjurkan sesi senaman di depan kediaman Maria untuk menguatkan pinggul mereka.
Dia tidak menceritakan rancangannya itu dengan lebih lanjut, sebaliknya memaklumkan FMT dia merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan sekiranya Bersih meneruskan rancangan 19 November itu. Katanya, Bersih 5 beri masalah kepada rutin harian orang lain.
“Kenapa dia pulak nak jadi hero. Kalau kamu semua tak puas hati dengan kerajaan yang memerintah, kamu semua tunggu PRU-14 lah. Negara kita ada undang-undang, kena hormati undang-undang.
“Kita akan turunkan orang-orang kita dan buat tunjuk perasaan terhadap ‘Kuning’ pada hari yang sama.
“Tetapi dalam masa terdekat ini saya akan serang hendap Maria Chin. Mungkin kat rumah, mungkin kat kedai, mungkin kat mana-mana.
“Perbuatan pada 19 November untuk buat himpunan akan menyusahkan orang berniaga, orang nak beli belah, pelancong pun rasa takut nak datang, dan rasa negara ini seperti tidak aman dan tidak selamat. Jadi Maria Chin pun tidak akan selamat selepas ini.”
Ditanya mengenai tindakan undang-undang sekiranya dia menyebabkan bahaya menimpa Maria atau pada orang yang menjaga keselamatannya, Ali berkata perkara itu terletak pada mahkamah, bukan Maria.
“Jangan buat kacau bilau dalam negara, kami menentang sehabis keras.”
Ketika dihubungi, Maria melahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Ali itu, tetapi tidak merancang untuk membuat laporan polis terhadapnya.
Beliau berkata Bersih 2.0 akan terus komited kepada usaha mendesak reformasi institusi di Malaysia.
“Kami akan tumpu pada tuntutan kami kerana ia mengenai reformasi institusi, termasuklah pilihan raya adil dan bersih yang sangat diperlukan di negara ini.
“Kami akan teruskan rancangan kami kerana kami percaya ini sesuatu yang kami mahu lakukan demi negara.”
FMT.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena