Thursday 15 September 2016

[Video] MARAH BETUL ATOK NIE KAT NAJIB & Rosmah...Hei, siapa arah projek Taman Tugu'?

Jumaat, 16 September 2016

Image result for Projek taman tugu
Image result for Projek taman tugu


'Khazanah perlu terus terang, siapa arah projek Taman Tugu'

Anggota parlimen Pandan Rafizi Ramli mengingatkan Khazanah Nasional Berhad supaya tidak menjadi syarikat yang 'dibenci' rakyat gara-gara menjadi peneraju projek Taman Tugu.
Rafizi berkata, sebagai sebuah syarikat pelaburan negara, Khazanah perlu telus berhubung projek itu yang menelan belanja sehingga RM650 juta.
Katanya, ketelusan itu penting bagi mengetahui siapakah pihak bertanggungjawab mengarahkan projek berkenaan bagi mengelakkan syarikat pelaburan tersebut menjadi seperti 1MDB.
"Saya prihatin kedudukan Khazanah kerana kalau mereka diarahkan mengusahakan projek ini, maka mereka terpaksa berdepan dengan kemarahan rakyat.
"Mereka perlu berterus terang siapa sebenar yang mengusahakan, idea siapa dan kenapa. 
"Kalau 1MDB dah bungkus dan Khazanah terjejas jenamanya sehingga orang marah dan reputasi tak baik, itu sekali lagi akan mendatangkan kesan buruk pada satu-satunya badan pelaburan rakyat yang ada," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di ibu negara hari ini.
Sehubungan itu, Rafizi berkata sebagai inisiatif untuk membantu Khazanah, pihaknya akan menjalankan kaji selidik terlebih dahulu sebelum melakukan pertemuan dengan syarikat tersebut.
Katanya, jemputan Khazanah akan dihadirinya selepas mendapat maklum balas daripada hasil kajiselidik serta maklumat daripada juruukur dan jurutera yang mahir dalam projek berkenaan.
"Saya hanya akan hadir menyertai satu taklimat dan perbincangan dengan Khazanah atau pihak berkuasa setelah mendapat maklum balas umum dari orang ramai mengenai perkara ini.
"Ia juga sesuatu yang boleh membantu Khazanah menilai kesan projek ini kepada jenamanya," katanya lagi.
Justeru Rafizi melancarkan kempen #QS_Rakyat bagi mengumpul juruukur dan jurutera untuk menjadi sebuah pasukan bagi membantu menyemak kos yang disebut Khazanah.
Kempen #SurveyTamanTugu pula dibuat bagi mengumpul pandangan orang ramai mengenai projek tersebut.
Kedua-dua kempen itu dibuka kepada orang ramai sehingga Jumaat ini.
"Saya galakkan seberapa ramai rakyat menyertainya jika benar-benar serius mengenai pembaziran wang negara.
"Saya menunggu maklum balas orang ramai yang dibuka sehingga Jumaat ini sebelum saya mengaturkan perjumpaan dengan Khazanah secara rasmi," katanya lagi.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena