Saturday 3 September 2016

Jurulatih Anjing - TPM jadi 'mangsa pembohongan' Bernama & NST? Pengarang NST sah letak jawatan, enggan beri sebab.

Ahad, 4 September 2016
Image result for Gambar jurulatih anjing
Gambar hiasan - Wanita pertama PDRM kendali anjing K9.

Image result for Gambar Akhbar NST

Pengarang NST sah letak jawatan, enggan beri sebab

Pengarang kumpulan News Straits Times (NST), Mustapha Kamil Mohd Janor disahkan telah meletakkan jawatan namun tidak mengulas lanjut berhubung tindakannya itu.
Mustapha menamatkan tempoh perkhidmatannya selama 26 tahun dengan akhbar berbahasa Inggeris itu hujung bulan ini.
“Ya, benar, Saya telah meletakkan jawatan, berkuat kuasa hujung bulan ini,” ujar beliau kepada Malaysiakini ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa keputusannya itu ada kaitan dengan tuduhan "campur tangan" dalam jabatan pengarang, wartawan veteran itu tidak mahu mengulas.
“Tiada sebab. Saya hanya mengesahkan saya telah letak jawatan,” jelasnya.
Menurut profil awamnya, Mustapha menyertai NST sebagai pelatih pada 1989, sebelum diambil bekerja sebagai wartawan kadet Business Times.
Beliau kemudiannya berkhidmat sebagai koresponden luar negara NST di New York mulai 1999 hingga 2002.
Sebelum jawatan semasa, beliau pernah menjadi pengarang urusan Business Timesdan bahagian Lifestyle.
Pengunduran wartawan veteran
Peletakan jawatan oleh Mustapha Kamil dibuat sejurus selepas Berita Harian - penerbitan lain di bawah kumpulan NSTP - menghentikan kolum yang dikendalikan Abdul Kadir Jasin yang diberi nama ‘Kunta Kinte Original’.
Abdul Kadir, yang mana penulisannya disifatkan sebagai terlalu kritikal terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, pernah mengatakan ada “kuasa lebih besar” yang mampu menolak cubaan Berita Harian untuk mempertahankan kolumnya.
Awal tahun ini, Ku Seman Ku Hussain, meletakkan jawatan sebagai pengarangMingguan Malaysia, menamatkan kerjaya 32 tahunnya bersama Kumpulan Utusan.
Malaysiakini.

DAP percaya TPM jadi mangsa Bernama, NST

Pihak berkuasa digesa bertindak terhadap Bernama dan NST kerana menyiarkan laporan palsu berhubung kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyalahkan bukan Islam dalam isu video hari hari kontroversi seorang jurulatih anjing.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, beliau percaya timbalan perdana menteri menjadi "mangsa pembohongan" kedua-dua organisasi media itu.
azlan"DAP percaya pada Muhyiddin dan kedua-dua NST dan Bernama berbohong untuk mengapi-apikan ketengan kaum dengan mewujudkan permusuhan dan kebencian antara orang Islam dan bukan Islam.
"Hanya dengan menghukum organisasi media ini akan menghentikan penyebaran pembohongan seperti itu, yang mengancam perpaduan dan pembinaan negara Malaysia paling asas," katanya.
Semalam, Bernama menjelaskan bahawa Muhyddin tidak merujuk khusus kepada bukan Islam atau kontroversi video jurulatih anjing dalam ucapannya pada 30 Julai, walaupun sebelum itu Bernama NST dan Sin Chew Daily melaporkan sebaliknya.
Lim juga medesak tindakan diambil terhadap Utusan Malaysia ekoran laporannya yang mendakwa, pemangku ketua polis Selangor A Thaiveegan memberi amaran bahawa pihak yang menyebarkan gambar bilik persalinan SK Sri Pritana boleh disiasat atas tindakan menghasut.
Lim berkata, tiga penerbitan itu patut didakwa bawah Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang membawa hukuman denda RM20,000 dan penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Beliau bagaimanapun menyuarakan keraguannya sama ada pihak berkuasa akan bertindak ke atas tiga organisasi media itu ekoran kesetiaannya kepada BN.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena