Thursday 29 September 2016

[Video] Nurshakinah Hilang Di Perancis Sah Ditemui Selamat.

Khamis, 29 September 2016


Norsakinah, Pelajar Malaysia Tajaan JPA Hilang Di Perancis

Nurshakinah Hilang Di Perancis Sah Ditemui Selamat

  

SUNGAI PETANI – Penuntut Malaysia hilang di Rouen, Perancis, Nurshakinah Naim kini berada dalam keadaan selamat setelah pulang ke kediamannya di Parc De La Durdent, Mont Saint Aignan.

Ibunya, Nor Halizah Ahmad berkata, berita gembira tersebut dimaklumkan Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ruziah Shafei yang hadir ziarah keluarga itu.
“Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kerana dia selamat. Namun setakat ini, kami masih belum berpeluang untuk cakap kerana dikatakan masih berada di balai polis untuk beri keterangan.
“Walaupun sudah ditemui, saya dan suami, Naim Awang, akan tetap ke Perancis pada Sabtu ini. Di sana, kami akan dapat penjelasan mengenai apa yang berlaku dan membawanya pulang untuk beri ruang dia berehat,” katanya.
Nor Halizah, 44, menyatakan demikian ketika ditemui para pemberita di rumahnya di Kampung Masjid, Tikam Batu di sini hari ini selepas menerima kunjungan daripada wakil JPA kira-kira jam 3 petang pada Khamis.
Nurshakinah, 19, tidak pulang ke rumah selepas keluar dengan hanya membawa beg dompetnya dan kehilangannya hanya disedari oleh rakan serumah yang kemudian membuat laporan di Kedutaan Malaysia di Paris, Perancis.
Berasal dari sini, Nurshakinah merupakan pelajar pintar 10 A1 Sijil Pelajaran Malaysia 2015 yang melanjutkan pengajian tahun pertama kejuruteraan kimia tajaan JPA di Institut Universitaire de Technologie De Rouen.
Rakan serumah memberitahu bapa Nurshakinah, Naim, 46; bahawa telefon bimbit anaknya ditemui berdering ditinggalkan dalam biliknya, sebelum menyedari ketiadaan pelajar itu di rumah sewa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena