Monday 26 September 2016

[Video] Terkini! Shafie Afdal mulakan Kempen Hancurkan UMNO di Sabah..."Shafie telah hadir ke pejabat ROS di Putrajaya".

Isnin, 26 September 2016

Parti baharu Sabah ke arah hala tuju lebih baik, bukan politik kebencian

Shafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BN

Shafie ketika berucap di Tawau berazam jadikan parti baharu itu kelak mempunyai hala tuju lebih baik daripada BN
Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pengambilalihan parti baharu di Sabah kelak, bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
Beliau yang masih enggan menyatakan nama parti berkenaan berkata, perbincangan mengenai pengambilalihan parti yang telah ditubuhkan itu, telah lama dibincangkan dengan terperinci bersama beberapa pemimpin yang menyokong dan berada di landasan sama.
"Saya tubuhkan parti bersama dengan rakan-rakan bukan membangkitkan salah laku mana-mana pemimpin tetapi bagi melahirkan hala tuju yang lebih baik dari parti kerajaan sedia ada.
"Parti ini parti tempatan dan untuk semua kaum di negeri ini dan kita akan putuskan dasar parti, siapa yang menjadi calon dan hala tuju dengan acuan sendiri dan tidak merujuk dengan mana-mana pemimpin di Kuala Lumpur,"katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Aidiladha di Kg. Damai Tawau semalam.
Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna ini berkata, dengan pengambilalihan parti berkenaan yang dijenamakan semula itu akan dapat membawa pembangunan yang lebih baik kepada negeri ini secara keseluruhan.
"Perjuangan parti  ini, bukan untuk menanam kebencian kepada pemimpin sedia ada atau bersifat politik kenegerian sebaliknya ianya bagi memperjuangkan hak rakyat dan akan  mengubah landskap politik Sabah.
"Kita percaya dengan kuasa rakyat dalam menentukan kerajaan dan kita yakin dengan sambutan dan sokongan luar biasa yang diterima setakat ini termasuk kerjasama dengan parti-parti yang menyatakan kesediaan bersama kita"katanya lagi.
Turut hadir dalam majlis yang dihadiri 5,000 penyokong itu Ahli Parlimen Penampang Deirell Leiking, Ahli Dewan Undangan Negeri Mayog, Terrence Siambun dan Presiden Kadazan Dayak Murud Malaysia, Datuk Peter Anthony.
Sebelum ini, Shafie telah hadir ke pejabat ROS di Putrajya bagi proses mengambil alih sebuah parti di Sabah, termasuk pertukaran nama dan logo selain beberapa perkara berkaitan.
Untuk rekod pada 4 Julai lalu, Mohd Shafie mengumumkan keluar daripada Umno selepas Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung keahlian beliau pada 24 Jun.
Keputusan pengambilalihan parti lama kepada parti baharu mendapat sokongan dikalangan pemimpin parti, ahli politik dan penyokong Shafie Apdal di negeri bawah bayu itu.

Keputusan pengambilalihan parti lama kepada parti baharu mendapat sokongan dikalangan pemimpin parti, ahli politik dan penyokong Shafie Apdal di negeri bawah bayu itu.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena