Monday 19 September 2016

JOM Konvoi BERSIH di Seluruh Negara pada 1 Oktober 2016...Mendapat publisiti! Pelbagai NGO buat laporan polis?

Isnin, 19 September 2016

Konvoi BERSIH di Seluruh Negara
Pada 1 Oktober 2016, BERSIH2.0 akan melancarkan Konvoi Bersih di seluruh negara. Pelancaran tersebut akan berlangsung secara serentak di 6 kawasan seperti berikut:
1. Utara Semenanjung (Kangar, Perlis)
2. Selatan Semenanjung (Johor Bahru, Johor)
3. Pantai Timur (Kota Bahru, Kelantan)
4. Pantai Barat (Lumut, Perak)
5. Sabah (Sandakan)
6. Sarawak (Miri)
Objektif Konvoi Bersih adalah untuk meningkat kesedaran tentang tuntutan Bersih mengenai reformasi institusi dan keparahan krisis 1MDB. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu keluar dan memulakan perbualan nasional tentang isu-isu ini kerana masa depan bersama kami akan terjejas.
Konvoi Bersih akan bergerak menuju ke Kuala Lumpur, dan akan mengambil masa selama tujuh minggu untuk berakhir. Obor BERSIH akan diserahkan dari bandar ke bandar, kampung ke kampung secara berganti-ganti (relay). Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti pengedaran risalah, ceramah, dan perbualan dengan penduduk tempatan.
Konvoi BERSIH dianggarkan akan meliputi 246 bandar, pekan, dan kampung di seluruh semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Konvoi BERSIH akan berkemuncak pada perhimpunan BERSIH5 pada 19 November 2016 di Kuala Lumpur.
Image result for Gambar bersih 5

Pelbagai NGO buat laporan polis desak penahanan Maria Chin

Lima puluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak hari ini dijangka membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa menahan penganjur perhimpunan Bersih 5.0, Maria Chin Abdullah.
Setakat tengah hari tadi, 30 NGO telah berbuat demikian antara NGO itu termasuk Majlis Ayahanda-Ayahanda Perak; Persatuan Sikh Ipoh; Pertubuhan Gabungan Bersatu Malaysia dan Persatuan Belia Sukarelawan Aman Jaya.
Exco Pemuda UMNO Malaysia Syamsul Bahrin Putra Ahmad Shibi yang turut membuat laporan berkata perhimpunan itu perlu dihalang kerana ia boleh menyebabkan kekecohan dalam negara.
"Kalau kita nak menghalang sesuatu kita mesti cari puncanya, jadi puncanya adalah penganjur. Kalau polis tahan Maria Chin dan kenakan tindakan keras maka ia menyelamatkan negara kita.
"Pelbagai akta boleh dikuatkuasakan untuk membendung perhimpunan ini antara lain bertujuan menghasut rakyat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Senam di sini.
Syamsul Bahrin Putra yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat berkata berdasarkan beberapa siri Bersih sebelum ini perhimpunan itu bukan sahaja tidak aman, malah telah mencemarkan imej negara.
"Contohnya Bersih 3 dan Bersih 4 ada yang bertindak ganas membakar kenderaan polis selain terdapat rungutan peniaga di kawasan sekitar," katanya.
Selain itu, laporan polis turut dibuat berhubung komen anggota Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun menerusi akaun Twitternya mengenai kematian Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
Syamsul Bahrin Putra berkata penggunaan perkataan 'Adios' kurang bersesuaian bagi merujuk pemergian seorang ulama Islam yang disegani ramai.
"Saya ingin bertanya kepada Jeff Oii dan DAP ketika pemimpin mereka meninggal dunia, adakah perkataan tidak elok dikeluarkan oleh rakyat negara ini?," katanya.
Sehubungan itu beliau menggesa polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat perkara itu dan mengenakan tindakan sewajarnya sebagai iktibar kepada semua pihak.
Sementara itu di PEKAN, UMNO Bahagian Pekan bersama NGO di daerah ini menggesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalang penganjuran perhimpunan Bersih 5.0 yang dijangka diadakan di ibu negara pada November nanti.
Anggota Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian Pekan Mohd Zaidin Mohamad berkata pihak polis perlu mengambil tindakan itu kerana ia dilihat boleh menimbulkan keadaan huru-hara dan menggugat ketenteraman awam sedia ada.
"Perhimpunan pada kali ini dilihat lebih kepada usaha untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri dan jika dibiarkan ia boleh menimbulkan kekecohan selain menjejaskan aktiviti perniagaan peniaga.
"Perhimpunan Bersih 5.0 ini juga boleh memberikan imej negatif terhadap pandangan negara luar dan boleh mengakibatkan harta benda awam rosak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Pekan, hari ini.
Antara NGO yang turut serta membuat laporan polis itu ialah Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) dan Kelab Sahabat Setia Najib Razak N 87 Parlimen Pekan selain Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Pekan.
Mohd Zaidin berkata pengajaran dapat diambil daripada penganjuran perhimpunan Bersih terdahulu juga apabila secara terang-terangan ia menghasut rakyat negara ini supaya membenci kerajaan sedia ada di bawah pimpinan Najib.
Katanya sehubungan itu pihak polis dan KDN perlu tegas dalam soal menghalang Bersih 5.0 daripada dianjurkan dengan menggunakan sebarang peruntukan undang-undang bersesuaian.
Malaysia Dateline

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena