Tuesday 27 September 2016

Konvoi Bersih 5 dapat kerjasama polis...Ali Tinju dah ditangkap pun, kata polis.

Selasa, 27 September 2016

Konvoi Bersih 5 dapat kerjasama polis

Konvoi Bersih 5 yang diadakan sebelum menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November mendapat kerjasama polis.Konvoi Bersih 5 yang diadakan sebelum menjelang perhimpunan Bersih 5 pada 19 November mendapat kerjasama polis.
Jawatankuasa Konvoi Bersih 5 bagi peringkat Timur, Muhammad Safwan Anang, berkata malah polis turut memberi cadangan laluan difikirkan sesuai.

“Kami mendapat kerjasama baik polis dan sebelum ini juga satu perbincangan dengan polis Kota Bahru diadakan.
“Oleh kerana peringkat Kota Bahru melibatkan konvoi berbasikal di tengah bandar, maka Ketua Polis Daerah Kota Bahru mencadangkan perubahan laluan.
“Maka ada sedikit perubahan laluan tetapi tempat pelancarannya dan laluan lain tetap sama,” kata Muhammad Safwan.
Beliau berkata demikian pada sidang media Bersih 2.0 di Pejabat Bersih 2.0 di Pusat Perniagaan 8 Avenue di sini, hari ini seperti dilaporkan Selangorkini.
Jelasnya, ini membuktikan perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semakin diterima pihak berkuasa itu.
Timbalan Pengerusi Bersih 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, berkata semua penyelaras mematuhi peruntukan ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman dengan notis 10 hari dikemukakan bagi kawasan pelepasan konvoi.
“Setiap jawatankuasa juga menguruskan keselamatan, bantuan perubatan dan bantuan guaman untuk peserta yang mengambil bahagian,” katanya.

Ali Tinju dah ditangkap pun, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberitahu, pihaknya telah menangkap pemimpin Gerakan Merah, Mohamad Ali Baharom atau Ali Tinju.
Khalid juga berkata, pihaknya telah merakamkan kenyataan serta membebaskan Ali dengan jaminan polis ekoran 'ugutannya' terhadap Pengerusi BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah.
Sehubungan itu, Khalid memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak menuduh polis mengamalkan pilih kasih.
"Kita dah tangkap Ali Tinju itu. Dan kita dah bebaskan dia dengan jaminan. Sama dengan (MP Jelutong) Jeff Ooi.
"Tindakannya sama. Tak ada pilih kasih. Apabila kita memanggil Ali Tinju, dia cepat datang. Saya panggil dia pukul 8 pagi, 8.30 pagi dia dah datang.
"Dia terus serah diri, tangkap dia, rakam percakapan dia dan bebaskan dia dengan jaminan selepas itu. Sama dengan Jeff Ooi dan lain-lain.
"Jangan cuba nak menuduh kita pilih kasih dan sebagainya. Kalau tak tahu, tanya dulu. Jangan buat tuduhan tak berasas," tegasnya pada sidang media selepas merasmikan program “1Aman Week: Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung dakwaan pihak yang mempertikaikan polis yang tidak menangkap Ali Tinju ekoran 'ugutan' terhadap Maria.
Ali Tinju sebelum ini dilaporkan mengeluarkan ugutan terhadap Maria.

Beliau dipetik sebagai berkata "Maria tidak akan berjalan di atas bumi" berikutan perhimpunan BERSIH 5 akan diadakan pada 19 November ini.
Perkara itu sebaliknya dinafikan oleh Ali yang kemudiannya mengatakan kenyataannya disalah petik.
Bagaimanapun portal berita FMT kemudian menyiarkan rakaman selepas Ali mendakwa beliau disalah petik berhubung dakwaan ‘ugutan’ itu yang kini sedang disiasat oleh pihak polis.
Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan siasatan terhadap anggota parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad yang mengaitkan 'Malaysian Official 1' (MO1) dengan Yang di-Pertuan Agong, Khalid berkata pihaknya telah menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara.
"Kertas siasatan kita dah kemukakan pada peguam negara," katanya ringkas.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena