Thursday 1 September 2016

Tembak Mekanik - Adik Noh Omar Dihukum Penjara 5 Tahun

Jumaat, 2 September 2016

Tembak mekanik: Adik menteri dihukum penjara lima tahun 

Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas adik Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Noh Omar atas kesalahan menembak seorang mekanik tahun lalu. 

Mohd Jusnaidi Omar, yang juga dikenali sebagai Mat Malaya, diarahkan oleh Hakim Azreena Aziz menjalani hukuman itu bermula dari tarikh penahanannya pada Jun tahun lalu. 

Azreena dipetik oleh The Malay Mail Online bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. 


Mohd Jusnaidi, 45, didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana secara sukarela menembak mekanik Alkarim Atun, 36, dengan pistol di di Top Up Aircond Centre di Jalan Tuaran pada jam 5 petang pada 6 Mei, 2015. 

Hukuman maksimum di bawah Seksyen 324 adalah penjara 10 tahun, denda atau sebatan seperti yang didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Husna Abdul Halim. 

Mohd Jusnaidi pada mulanya didakwa dengan cubaan membunuh tetapi kemudiannya dibebaskan daripada pertuduhan itu. 

Adalah dilaporkan bahawa beliau melarikan diri selepas menembak Alkarim. 

Jusnaidi kekal menjadi pelarian selama hampir sebulan selepas menembak Alkarim apabila polis mengklasifikasikan kes itu sebagai cubaan membunuh dan memiliki senjata api. 

Beliau kemudiannya ditangkap di sebuah inap desa berhampiran Kundasang di kaki Gunung Kibabalu, Sabah pada Jun tahun lalu dengan isterinya yang berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki. 

Adik Noh itu dilaporkan terlibat dalam satu konfrontasi lisan dengan mekanik berkenaan dan mengeluarkan pistol sambil melepaskan tiga das tembakan, satu daripadanya mengenai betis kanan mekanik itu. 

Jusnaidi pada tahun 2007 didakwa mengedar dadah tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi. -Bernama 

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena