Monday, 19 September 2016

[Video] 'Lead by Example' berita palsu? PERMATA tidak tersenarai, tiada anugerah untuk Rosmah...Alangkah malunya!

Isnin, 19 September 2016




KANTOI !!!.. Nak ampu jilat punya pasal sanggup sebar berita palsu satu dunia kononnya Rosmah Terima Anugerah 'Lead By Example' Daripada UNESCO..

Mana BERNAMA..?? Harap pengarangnya menyerah diri kepada pihak polis kerana menyiarkan berita palsu dan menjadi alat AMENO semata2... alangkah malunya Datin Seri kerana berita ni dgn sengaja mahu menjatuhkan imej Datin Seri di mata rakyat dinegara ini...

Kalau portal berita pembangkang yg siarkannya sudah tentu pihak2 berkuasa dgn pantas cekup, tahan wartawan/ ketua editor mahupun CEO tersebut.

JIKA IA BERLAKU PADA MEDIA MASSA pro UMNO/BN, berani kah pihak berkuasa ambil tindakan serupa sptmana yg diperlakukan terhadap media pro pembangkang ??!!

SAMA-SAMA KITA NANTIKAN...


Doni DonatDoni Donat BERNAMA milik pemimpin Islam tapi menipu....The Times milik bukan Islam tapi menceritakan perkara sebenar..

Image result for Gambar rosmah

PERMATA tidak tersenarai, tiada anugerah untuk Rosmah

Datin Seri Rosmah Mansor, yang dijadualkan menerima anugerah 'Lead by Example' berhubung program PERMATA daripada Antiquities Coalition telah dikeluarkan daripada senarai penerima anugerah.
Difahamkan Bernama yang melaporkan mengenai anugerah itu pada Sabtu lalu membuat kesilapan kononnya anugerah itu diberikan oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
PERMATA adalah cetusan ilham isteri Perdana Menteri Dauk Seri Najib Razak, yang juga berperanan sebagai penaungnya. Agensi berita nasional itu melaporkan, Rosmah dijadual menerima anugerah itu di Metropolitan Museum of Art pada Khamis ini.
Dalam e-mel kepada media, jurucakap Antiquities Coalition, Andy Beck berkata: "Bercanggah dengan laporan yang silap itu, acara itu bukan acara UNESCO, dan juga UNESCO tidak memberi anugerah itu."
Beck juga berkongsi kenyataan daripada Profesor Tudor Parfitt, seorang sarjana British, dan Felo Royal Historical Society dan pengerusi panel penasihat akademik antarabangsa untuk acara tersebut.
"Jawatankuasa ini mencadangkan supaya program PERMATA diberi pengiktirafan kerana dilihat mewakili model untuk diteladani di negara-negara lain dengan penduduk berbilang kaum.
"Program yang diasaskan tahun 2007 di bawah naungan Rosmah Mansor, telah pun menerima pengiktirafan atas usahanya untuk membantu golongan muda yang tidak bernasib baik mencari pekerjaan dan mengembangkan potensi mereka," kata Parfitt.
Parfitt berkata berikutan kebocoran maklumat yang tidak tepat berhubung cadangan jawatankuasa itu, organisasi itu telah disoal oleh media berhubung sumber pembiayaan dana PERMATA.
Beliau berkata, sebagai ahli akademik, Antiquities Coalition tidak mempunyai cara segera mengesahkan dana PERMATA, dan tidak menyedari mengenai sebarang salah-laku tertentu.
"Bagaimanapun, kita tidak mahu acara penting ini didominasi oleh apa-apa selain daripada isu bagaimana untuk menggerakkan dan menyatukan rakyat dalam memerangi keganasan," katanya.
"Justeru, jawatankuasa ini memutuskan ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengkaji semula komen yang diterima, dan telah mengeluarkan PERMATA daripada senarai penerima anugerah Khamis ini," katanya.
Sabtu lalu, Bernama melaporkan bahawa Rosmah telah dipilih untuk menjadi penerima anugerah Unesco sempena sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Memetik Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad, Bernama melaporkan anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program PERMATA.
Malaysiakini.

Rosmah terima anugerah 'Lead By Example' dari Unesco

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dipilih untuk menerima anugerah 'Lead by Example' oleh Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO).
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan merangkap Naib Presiden Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia Datuk Seri Alias Ahmad berkata anugerah itu diberikan atas usaha dan sumbangan Rosmah dalam membangunkan potensi kanak-kanak, terutama di bawah Program Permata.
"Pengiktirafan ini sekali gus memberi penghormatan kepada Malaysia di atas keberkesanan dalam menyediakan pendidikan berkualiti dan pembangunan holistik kanak-kanak," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata anugerah sempena Persidangan Agung ke-71 Pertubuhan Bangsa Bersatu itu julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan meraikan sumbangan beberapa individu di seluruh dunia yang telah menyumbang kepada keharmonian dan keamanan manusia sejagat.
Anugerah itu akan disampaikan pada majlis Penghormatan Kepada Wira-wira Dalam Kempen Global Menentang Keganasan pada 22 Sept ini di Muzium Kesenian Metropolitan, New York.
Alias berkata sebanyak 13 anugerah lain dalam pelbagai kategori juga akan disampaikan pada majlis tersebut.
"Penganugerahan berprestij ini merupakan anjuran bersama UNESCO dan enam tokoh wanita ulung dunia yang terlibat dalam bidang pendidikan, hak asasi manusia, pemerkasaan wanita dan advokasi kewarganegaraan global," katanya.
Turut menerima anugerah ialah Presiden Senegal Macky Sall dan beberapa individu dan aktivis terkemuka dunia dalam memperjuangkan keamanan sejagat seperti Ayub Mohamud dari Kenya, Nicholas Kristof dari New York Times dan Nadia Murad dari Iraq.
- Bernama

1 comments:

Unknown said...

saya ibu irma seorang TKI DI SINGAPURA
pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah
gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak
kebetulan saya buka-bukan internet mendapatkan
nomor MBAH SERO katanya bisa bantu orang melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SINGAPURA
angka yang kemarin di berikan 4D yaitu 6377 TGL 01-09-2016
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat Rp.250.juta
bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri
apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas
jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah
ini nomor hp -> (-082-370-357-999-) MBAH SERO
demikian kisah nyata dari saya tampah rekayasa
atau silahkan buktikan sendiri..

Post a comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena