Friday 16 September 2016

[Video] Muhyiddin Yassin - "Kita Mesti "KAFANKAN" UMNO, BN & Najib"...Tumbangkan Najib & Umno sekaligus!

Jumaat, 16 September 2016



Tarikh bagi pendaftaran ahli dan sebarang pengumuman mengenai wakil akan dibuat dari semasa ke semasa.

Walaupun kaunter sepatutnya dibuka pada jam 11 pagi, orang awam sudah mula memnuhi pusat pendaftaran pusat, Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Bagi orang ramai yang ingin mendaftar sebagai ahli boleh hadir di

Suite 2.01, Epicure, No.1 Jalan Medan Setia 1, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia.

KAUNTER DIBUKA JAM 11 PAGI SEHINGGA 4 PETANG
ISNIN SEHINGGA JUMAAT.

Bagi mereka di luar lembah Klang, kami akan mengumumkan senarai nama wakil setiap negeri dalam masa terdekat.

Terima kasih.



Tumbang Najib saja atau Umno sekaligus, The Economist tanya Dr M


Bekas teraju utama Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berdiri teguh di belakang pembangkang dalam perjuangan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Bagaimanapun, majalah ekonomi berpengaruh The Economist menerusi sebuah artikel mempersoalkan sama ada pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan memberi komitmen sepenuhnya untuk menjatuhkan Umno.

"Salah satu kebimbangan besar di kalangan pembangkang ialah sejauh mana Mahathir sanggup menongkah arus. Tiada siapa yang meragui betapa beliau begitu tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


"Apa yang tidak begitu pasti ialah sama ada, jika diberi pilihan, sama ada beliau dan partinya akan berhenti di tahap menumbangkan Umno sekaligus," jelas majalah terkemuka itu.
Atikel tersebut dengan tajuk "Mahathir Mohamad. Can a leopard change its spots?" mengingatkan banyak kumpulan serpihan Umno pada masa lalu akhirnya menyertai semula parti itu.

Bagaimanapun, ia memetik Mahathir yang pernah berkata bahawa beliau tidak nampak 'ada jalan untuk BERSATU mempertimbang untuk membiarkan Umno dalam kerajaan, walaupun di bawah pemimpin baru '.

The Economist turut menyatakan walaupun Mahathir mempunyai ramai peminat terutama di kalangan golongan muda yang tidak kenal pemerintahan 22 tahun beliau selaku Perdana Menteri, untuk menang banyak kerusi akan menjadi sukar kepada BERSATU.
Malaysiakini.

0 comments:

Post a Comment

Theme images by konradlew. Powered by Blogger.
SILA LAYARI
Youtube.com/brigedkibaranbendera untuk paparan video yang lain
PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Brigedkibaranbendera. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Popular Posts

© 2011 Briged Kibaran Bendera, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena